halaju | kecepatan gerakan, kadar kecepatan; ~ pusingan wang kadar kecepatan wang bertukar tangan (dlm sesuatu masyarakat atau negara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecepatan | cepatnya (sesuatu gerakan); keadaan cepat; kelajuan: Kereta itu berjalan dgn ~ 96 km sejam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecepatan | 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecepatan | cepatnya (sesuatu gerakan); keadaan cepat; kelajuan: Kereta itu berjalan dgn ~ 96 km sejam. | Kamus Pelajar |
kederasan | 1 keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2 kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kederasan | 1. keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? | Kamus Pelajar |
laju I | 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahuluan (perahu, kapal, dll), berlumba-lumba; melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~ ke Musytari; melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll), mencepatkan: pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2. ki mencepatkan atau melancarkan sesuatu perundingan dll; memperlaju menjadikan lebih laju; kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, kecepatan; pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2. kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesebatan | kecepatan, kepantasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecekatan | kecepatan (membuat sesuatu); kecekapan. | Kamus Pelajar |
vibrato | ist kecepatan atau kelainan dlm turun naik nada dlm nyanyian atau semasa memainkan sesetengah alat muzik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |