kecerdasan | hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecerdasan | kesempurnaan akal (utk berfikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintaran, kecerdikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecerdasan setempat(local intelligence) | Kuasa pemprosesan dan ingatan yang disediakan dalam terminal komputer supaya terminal itu dapat menjalankan pemprosesan tanpa mengharapkan sistem komputer utama atau terminal lain. | Kamus Komputer |
kecerdasan buatan(artificial intelligence) | Bidang ilmu yang berkaitan dengan kajian yang memberi mesin kemampuan untuk berfikir seperti manusia atau kepandaian untuk membaiki dirinya. | Kamus Komputer |
kecerdasan berselerak(dispersed intelligence) | Rangkaian komputer yang mempunyai nod yang memiliki kuasa pemprosesan teragih di serata rangkaian. | Kamus Komputer |
kecerdasan | hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. | Kamus Pelajar |
usia | umur: sudah lanjut pula ~nya; Utusan Melayu genap 49 tahun ~nya esok; ~ mental (Ubat) tahap kecerdasan seseorang ber-dasarkan peringkat umurnya (diketahui me-lalui ujian kecerdasan); berusia 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua: pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguji | 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
uji | ; menguji 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. ujian 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. pengujian perbuatan (hal, cara dsb) menguji. penguji 1 orang yg menguji. 2 alat utk menguji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
AI | kep artificial intelligence (kecerdasan buatan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |