Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecetekan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cetek (céték)1. tidak dalam (bkn sungai dll), tohor, cangkat, dangkal: binatang ini hidup di air yg ~ dekat pantai; 2. tidak dalam atau tidak tinggi (bkn ilmu pengetahuan), dangkal: pengetahuannya tentang perkara itu amat ~; dalam menyelam ~ bertimba prb hasil yg sedikit itu digunakan dgn berpada-pada; mencetekkan menjadikan cetek, menohorkan, mendangkalkan, mencangkatkan: ~ sungai; kecetekan 1. perihal (keadaan) cetek (bkn sungai, telaga, dsb), ketohoran, kedangkalan, kecangkatan; 2. perihal cetek (pengetahuan), kedangkalan: ~ pengetahuannya jelas pd hujah-hujahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecetekan1. perihal (keadaan) cetek (bkn sungai, telaga, dsb), ketohoran, kedangkalan, kecangkatan; 2. perihal cetek (pengetahuan), kedangkalan: ~ pengetahuannya jelas pd hujah-hujahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecetekan1. keadaan cetek (ttg air); kedangkalan; ketohoran. 2. perihal cetek (ttg pengetahuan); kedangkalan.Kamus Pelajar
cetek/cétek/ 1. tidak dalam (ttg air); cangkat; tohor; dangkal. 2. tidak dalam (ttg pengetahuan seseorang). mencetekkan menjadikan cetek; mencangkatkan; mendangkalkan: ~ sungai. kecetekan 1. keadaan cetek (ttg air); kedangkalan; ketohoran. 2. perihal cetek (ttg pengetahuan); kedangkalan.Kamus Pelajar
dangkal1 tidak dalam; cetek; tohor: Perigi itu ~ saja. 2 belum mendalam benar (bkn pengetahuan dll): Pengetahuannya ttg ilmu kemasyarakatan amat ~. mendangkalkan membuat (menjadikan) dangkal; mencetekkan. kedangkalan keadaan dangkal; kecetekan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kecanggungan1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejang­galan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
dangkal1. tidak dalam; cetek; tohor: Perigi itu ~ saja. 2. belum mendalam benar (bkn pengetahuan dll): Pengetahuannya ttg ilmu kemasyarakatan amat ~. mendangkalkan membuat (menjadikan) dangkal; mencetekkan. kedangkalan keadaan dangkal; kecetekan.Kamus Pelajar
canggung I1. kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal: dr kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya; 2. berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang): anak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yg hendak dibuatnya; 3. kurang elok atau sempurna (pd pandangan atau pendengaran), tidak kena pd tempatnya, agak janggal: bahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan; kenalanku ada yg cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu; 4. serba kekurangan (bkn kehidupan, pengetahuan, dll): bagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ spt ini; 5. = tercang­gung Mn a) berasa sepi (kerana tidak berteman dll); b) kurang senang (kecewa dll): hendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~; ~ bagai antan dicungkilkan duri prb perbuatan yg bukan-bukan, tidak kena pd tempatnya; kecanggungan 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejang­galan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas