Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cil.me.nge.cil] | کچيل-مڠچيل

Definisi : 1. hina-menghina, rendah­ merendahkan; 2. kecil-kecil; benda ~ benda yg kecil-kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecil-mengecil


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecil-mengecil1. hina-menghina, rendah­ merendahkan; 2. kecil-kecil; benda ~ benda yg kecil-kecil;Kamus Dewan Edisi Keempat
benda kecil-mengecilbenda yg kecil-kecil;Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil1. tidak besar atau kurang besarnya drpd yg biasanya (seharusnya, selalunya, dsb): seorang yg berbadan ~; rumah ~; kereta ~; almari ~; mangkuk ~; 2. tidak lebar, tidak luas: jalan ~; bilik ~; kawasan (daerah) ~; 3. masih rendah umurnya (masih kanak-kanak): budak yg masih ~ itu janganlah dipukul; 4. tidak besar modalnya atau urusan perniagaan­nya (perusahaannya dsb): pedagang ~; perniagaan ~; perusahaan ~; 5. tidak banyak (jumlahnya dll), sedikit: sebilangan ~ sahaja pelajar yg memilih kursus tersebut; perbezaan ~; perbelanjaan ~; 6. tidak penting (mustahak): perkara-perkara ~ tidak dibincangkan dlm mesyuarat itu; 7. tidak melibatkan banyak orang (pihak dsb) atau menimbulkan kesan yg sangat buruk (bkn pertengkaran, pergaduhan, perselisihan, dsb); 8. tidak rumit, tidak sukar diatasi: ada beberapa masalah dan rintangan ~ yg perlu diselesaikan dulu; 9. tidak tinggi (pangkat, taraf, kedudukan); orang ~ orang bawahan, orang kebanyakan; 10. tidak kuat, halus: ketawa ~; suara ~; ~ jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa prb penge­tahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda); ~ teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak prb kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa; sekecil-kecil(nya) paling kecil: agar dosanya dari yg sebesar-besarnya hingga kpd yg ~ diampunkan Allah; berkecil-kecil tidak secara besar-besaran, (dgn) sedikit demi sedikit, kecil-kecilan: mereka berniaga ~; berkecil-kecilan 1. berlumba (berebut) mana yg kecil; 2. bergaul ketika masih kecil; 3. berkecil-kecil; mengecil menjadi kecil: api pelita akan ~ apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dlm; alam fikirannya semakin ~; kecil-mengecil 1. hina-menghina, rendah­ merendahkan; 2. kecil-kecil; benda ~ benda yg kecil-kecil; mengecilkan 1. menjadikan kecil, menjadi­kan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak ber­harga, dll), merendahkan, menghinakan, me­ngabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya; memperkecil 1. menjadikan makin atau bertambah kecil, makin mengecilkan; 2. = memperkecil-kecil menganggap tidak pen­ting dsb, mengecil(-ngecil)kan: peranan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tidak dapat diperkecil; kecilan Jk 1. lebih kecil; 2. tidak penting atau mustahak: perbuatan ~ yg melanggar peraturan protokol; kecil-kecilan berkecil-kecil, tidak secara be­sar-besaran, sedikit-sedikit: memulakan perusahaan secara ~; dia baru hendak mengenal politik secara ~; serangan ~; kekecilan 1. keadaan tidak besar (saiznya, luasnya, dsb, bilangan atau jumlahnya dll); 2. keadaan tidak penting (bkn kedudukan dll): semakin terasa ~ dan kelemahan dirinya sbg hamba Tuhan; 3. Jk terlalu kecil; pengecilan perihal (perbuatan dsb) mengecil­kan: pengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut; pengecil; kata ~ Id bentuk kata yg menyata­kan kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengecil-ngecilkanmemandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak ber­harga, dll), merendahkan, menghinakan, me­ngabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengecilmenjadi kecil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengecilmenjadi kecil: api pelita akan ~ apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dlm; alam fikirannya semakin ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengecilmenjadi kecil.Kamus Pelajar
mengecilkan1. menjadikan kecil, menjadi­kan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak ber­harga, dll), merendahkan, menghinakan, me­ngabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil1. tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2. masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3. tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4. tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1. menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2. menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran:Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. kecil hati 1. tersinggung (bkn perasaan); marah. 2. tawar hati. berkecil hati 1. berasa tersinggung; agak marah. 2. berasa tawar hati. mengecilkan hati menjadikan kecil hati; menyinggung perasaan; membangkitkan kemarahan.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas