kecoh | /kécoh/ II riuh-rendah; heboh; bising. mengecoh membuat bising (riuh); membising. mengecohkan menjadikan bising (riuh); meriuhkan: Jerit pekik mereka ~ suasana. kekecohan keadaan atau suasana kecoh. | Kamus Pelajar |
kecoh | /kécoh/ I perbuatan curang; tipu (ketika menyukat atau menimbang sesuatu):kena ~ kena tipu; tertipu. mengecoh berlaku curang kpd; menipu: Pekedai-pekedai selalu ~nya. pengecohan perbuatan mengecoh; penipuan. pengecoh orang yg menipu (dlm perniagaan dll); penipu. | Kamus Pelajar |
kecoh II | /kécoh/ riuh-rendah; heboh; bising. mengecoh membuat bising (riuh); membising. mengecohkan menjadikan bising (riuh); meriuhkan: Jerit pekik mereka ~ suasana. kekecohan keadaan atau suasana kecoh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecoh II | (kécoh) heboh, bising, riuh: ke-dengaran sesuatu yg ~, terdengar suara yg keras dan garang; mengecoh, mengecohkan 1. membuat heboh (bising dll), meriuhkan; 2. mengacaukan, merumitkan: semua itu benar-benar mengecohkan fikirannya; kekecohan perihal kecoh (heboh, bising), keriuhan: Nahidah tidak mahu ~ berlaku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecoh I | /kécoh/ perbuatan curang; tipu (ketika menyukat atau menimbang sesuatu): kena ~ kena tipu; tertipu. mengecoh berlaku curang kpd; menipu: Pekedai-pekedai selalu ~nya. pengecohan perbuatan mengecoh; penipuan. pengecoh orang yg menipu (dlm perniagaan dll); penipu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecoh I | (kécoh) tipu (spt curang dlm mengukur atau menimbang barang, menipu tentang mutu barang dll): dlm perdagangan, banyak ~; mengecoh menipu (dgn kecurangan-kecurangan), memperdayakan: saudagar-saudagar selalu hendak ~ mereka; terkecoh tertipu, terperdaya; pengecohan penipuan: ~ berlaku dr segi timbang dan harga pasaran yg ditetapkan lebih rendah drpd yg sepatutnya; pengecoh penipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tokoh II | kecoh, tipu; kena ~ kena kecoh (tipu), tertipu; menokoh mempermainkan, memperolok-olokkan, mengecoh, menipu: si pandai ~ si bingung; penokoh orang yg suka mempermain-mainkan (memperolok-olokkan), pengecoh, penipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecoh-kincang | Mn bermacam-macam helah atau tipu daya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kicang | ; ~-kecoh = ~-kicu ark berbagai-bagai tipu daya; ~-kecoh ciak prb barang apa yg hendak disiasat, hendaklah ada buktinya (tandanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
heboh | (héboh) 1. bising dan kelam-kabut (bkn keadaan di sesuatu tempat), kecoh, gempar: suasana di rumah pengantin perempuan menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding; membuat ~ menimbulkan kegemparan (kekecohan dsb); 2. sungguh-sungguh dan giat (dibincangkan, diperkatakan, dsb), hebat: peristiwa pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang; menghebohkan 1. menimbulkan keadaan kelam-kabut, mengecohkan, menggemparkan: kejadian itu ~ suasana di kampung itu; 2. = mengheboh-hebohkan membuat supaya orang ramai tahu mengenai sesuatu perkara (peristiwa dsb) dan akan bercakap-cakap mengenainya: dia tidak suka ~ peristiwa yg menimpa keluarganya; kehebohan keadaan heboh (kecoh, gempar), kekecohan, kegemparan: ~ di luar rumah menyebabkan dia terbangun drpd tidurnya; dlm ~ itu pencuri tadi dapat melepaskan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |