Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dé.wa.sa.an] | کديواساءن

Definisi : perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi men­capai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dé.wa.sa.an] | کديواساءن

Definisi : keadaan dewasa; kematangan (fikiran). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedewasaan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kedewasaankeadaan dewasa; kematangan (fikiran).Kamus Pelajar Edisi Kedua
kedewasaanperihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi men­capai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kedewasaankeadaan dewasa; kematangan (fikiran).Kamus Pelajar
matang I1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadi­kan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematang­kan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang.Kamus Dewan Edisi Keempat
dewasa/déwasa/ 1 (pd) masa; (pd) ketika: Pakaian spt itu sudah tidak sesuai lagi ~ ini. 2 sudah cukup besarnya atau sudah berumur lebih drpd 21 tahun: orang ~ orang yg sudah berumur 21 tahun atau lebih. 3 (sudah) banyak pengalaman dan pengetahuan; sempurna fikiran; matang: Walaupun umurnya sudah tiga puluh tahun, tetapi dia masih belum ~. mendewasakan menjadikan dewasa. kedewasaan keadaan dewasa; kematangan (fikiran). pendewasaan perihal mendewasakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dewasa/déwasa/ 1. (pd) masa; (pd) ketika: Pakaian spt itu sudah tidak sesuai lagi ~ ini. 2. sudah cukup besarnya atau sudah berumur lebih drpd 21 tahun: orang ~ orang yg sudah berumur 21 tahun atau lebih. 3. (sudah) banyak pengalaman dan pengetahuan; sempurna fikiran; matang: Walaupun umurnya sudah tiga puluh tahun, tetapi dia masih belum ~. kedewasaan keadaan dewasa; kematangan (fikiran).Kamus Pelajar
dewasa(déwasa) 1. sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah cukup besar: orang ~ dikenakan bayaran masuk yg lebih tinggi drpd kanak-kanak; 2. sudah cukup besar (bkn binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb): lipas yg sudah ~ berwarna perang kehitam-hitaman; 3. pd masa, pd ketika, pd waktu: adat spt itu tidak sesuai lagi dgn keadaan ~ ini; 4. ki sudah banyak pengalaman dan penge­ta­hu­annya, matang: kini Malaysia telah mula ~ dan telah pun melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua puluh tahun ia tegak sbg sebuah negara merdeka; mendewasa menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman perang; mendewasakan 1. menjadikan dewasa (ma­nusia, binatang, dsb), membesarkan; 2. men­jadikan dewasa atau matang (pemikiran, pengalaman, dsb): Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pan­dangannya sambil ~ fikirannya; kedewasaan perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi men­capai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; pendewasaan 1. perihal atau proses men­dewasakan (membesarkan dsb), pem­besaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pe­nga­laman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti ke­pel­bagaian tema yg diterokai dan ke­pelbagaian aliran teknik dlm penulisannya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas