kedongengan | unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dongeng | (dongéng) 1. = cerita ~ cerita khayalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata; berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu; mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, mengecek, dan memujuk dia supaya berkahwin; mendongengkan ki menyampaikan (menceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri; kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |