penyeretan objek(object dragging) | Pemindahan objek dari satu kedudukan ke kedudukan lain pada skrin yang dilakukan dengan memilih objek tersebut, menekan butang tetikus, dan menggerakkan tetikus ke kedudukan yang dikehendaki. | Kamus Komputer |
sambungan komunikasi(communication link) | Hubungan fizikal antara suatu kedudukan dengan kedudukan lain dalam sistem komunikasi, yang berfungsi untuk memindahkan data. | Kamus Komputer |
alihan(move) | 1. Tindakan memindahkan data dari satu kedudukan ke kedudukan lain. 2. Tindakan memindahkan objek dari satu titik koordinat paparan grafik ke titik koordinat yang lain. | Kamus Komputer |
penyeretan tetikus(mouse dragging) | Tindakan menggerakkan tetikus dari satu kedudukan ke kedudukan yang dikehendaki sambil menekan butang tetikus. | Kamus Komputer |
lompatan paksa(forced jump) | Tindakan memindahkan pemprosesan dari suatu kedudukan ke kedudukan lain yang dipaksa oleh keadaan atau pengguna. | Kamus Komputer |
pengendalian pindah(transfer operation) | Pengerjaan tugas untuk memindahkan data dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain. | Kamus Komputer |
potong dan tampal | kaedah memindahkan sebahagian teks atau grafik (komputer) dr suatu kedudukan ke kedudukan yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masa kata(word time) | Tempoh yang diperlukan untuk memindahkan satu kata dari satu kedudukan ke kedudukan lain, atau ke peranti simpanan lain. | Kamus Komputer |
suruhan pergerakan data(data movement instruction) | Suruhan mikropemproses yang berkaitan dengan kawalan pergerakan perkataan data dari suatu kedudukan ke kedudukan lain. Ini termasuk pergerakan dari suatu ingatan ke ingatan lain, pergerakan dari suatu daftar ke suatu ingatan, proses menindan, dan pengendalian, iaitu yang mengerakkan data. | Kamus Komputer |
sistem penghantaran data(data transmission system) | Kumpulan litar, modem, dan peranti yang membolehkan maklumat dipindahkan dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain. | Kamus Komputer |