krep | (krép) (Tks) sj kain nipis drpd sutera, kapas atau benang bulu yg permukaannya berkedut-kedut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerunyut | Mn kedut, kerut; berkerunyut berkedut(-kedut), kerepot, lisut (bkn kulit); mengerunyutkan merenyukkan: dia ~ akhbar di tangannya; terkerunyut gumal (bkn kain dll), renyuk, berkedut(-kedut); kerunyutan keadaan kerunyut, kekedutan: tulang tua yg hanya dibaluti oleh kulit-kulit yg lembik, kendur penuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedut III | Jw ark getaran atau denyutan urat (dipercayai mengalamatkan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedut II | ark; mengedut merentap, meragut, merampas, merebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedut I | kerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain); berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya mengham-pirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; mengedut menjadi berkedut (berkerut, berlipat-lipat, beropol-ropol); mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut; kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerepot | (kerépot) berkedut-kedut, berkerut-kerut; mengerepotkan menjadikan sesuatu berkerepot: garis-garis kedut yg ~ muka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedut | , = kedutan kerut (pd kulit); renyuk (pd kain, kertas dsb); ropol (pd kain dll). (penyakit) ~ daun penyakit pd tumbuh-tumbuhan yg menyebabkan daun menjadi berkedut-kedut oleh sebab virus. berkedut tidak licin; berkerut: Bajunya ~. Dahinya ~ memikirkan sesuatu. mengedut menjadi berkedut (berkerut). mengedutkan menjadikan berkedut; mengerutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedut | = kedutan kerut (pd kulit); renyuk (pd kain, kertas dsb); ropol (pd kain dll). (penyakit) ~ daun penyakit pd tumbuh-tumbuhan yg menyebabkan daun menjadi berkedut-kedut oleh sebab virus. berkedut tidak licin; berkerut:Bajunya ~. Dahinya ~ memikirkan sesuatu. mengedut menjadi berkedut (berkerut). mengedutkan menjadikan berkedut; mengerutkan. | Kamus Pelajar |
ketak | 1. kedut atau kerut pd dahi, kulit dll. 2. bahagian badan lipan dll yg bergelang-gelang. berketak 1. berkedut-kedut (spt kulit pd leher dll). 2. berombak-ombak (ttg rambut dll); beralun-alun. | Kamus Pelajar |
ketak | 1 bahagian rambut yg berombak-ombak atau beralun-alun; keriting. 2 kedut atau kerut pd dahi, kulit dll. 3 bahagian badan lipan dll yg bergelang-gelang. berketak 1 berombak-ombak (ttg rambut dll); beralun-alun; berkeriting. 2 berkedut-kedut (spt kulit pd leher). mengetakkan menjadikan berketak: ~ rambut mengeritingkan rambut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |