keempat-empat | empat-empat sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keempat-empat | empat-empat sekali. | Kamus Pelajar |
punjut | sapu tangan dll yg keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (utk membawa sesuatu); memunjut menyimpulkan (mengikat) keempat-empat sudut sapu tangan dll (menjadikan punjut). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keempat-empat | kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang dll) sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rombus | rajah empat segi yg keempat-empat sempadannya sama panjang tetapi tidak bersudut tepat antara satu dgn yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempersekutukan | menjadikan bersekutu: Perjanjian itu bertujuan ~ keempat-empat buah negeri tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempersekutukan | menjadikan bersekutu: Perjanjian itu bertujuan ~ keempat-empat buah negeri tsb. | Kamus Pelajar |
loncat I | lompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki bersama-sama (burung, katak, dll), lompat dgn ekor (ikan); ~ galah lompat galah; ~ jauh lompat jauh; ~ tinggi lompat tinggi; berloncat melompat-lompat: unggas berterbangan dan tupai ~ di atas pokok di dlm dusun itu; berloncatan, berloncat-loncatan melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu; meloncat 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas, melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah) kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila pecah perang Korea; meloncat-loncat meloncat berulang kali; meloncati meloncat melampaui, meloncat ke atas, melompati; meloncatkan menyebabkan (membawa) meloncat, melompatkan; terloncat terlompat, tidak sengaja atau tiba-tiba meloncat: ia ~ mendengar letupan itu; terloncat-loncat meloncat-loncat; ~ bagai ulat pinang prb sangat gelisah (resah); loncatan 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~ setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar; peloncat orang yg meloncat (dlm sukan), pelompat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekutu | mempersekutukan menjadikan bersekutu: Perjanjian itu bertujuan ~ keempat-empat buah negeri tsb. | Kamus Pelajar |
kenderaan pacuan empat roda | kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |