kegelapan | 1 keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2 tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3 menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegelapan | 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegelapan(darkness) | Tahap keamatan warna hitam pada objek yang dicetak atau dipaparkan. | Kamus Komputer |
kegelapan | 1. keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2. tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3. menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. | Kamus Pelajar |
kegelitaan | kegelapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelita | gelap. kegelitaan kegelapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekelaman | perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zulmat | Ar 1. gelap (kerana ribut), kegelapan; 2. keadaan sesat tanpa hidayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergagau-gagau | berjalan dll dgn meraba-raba kerana kegelapan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tergagau-gagau | berjalan dll dgn meraba-raba kerana kegelapan dll. | Kamus Pelajar |