girang | , = ~ hati sangat gembira atau suka hati: Mereka ~ kerana padi menjadi tahun ini. bergirang, = ~ hati berasa gembira atau suka hati; bersuka hati; bergembira. menggirangkan menimbulkan rasa girang; menyukakan hati; menggembirakan. kegirangan 1 keadaan girang; kesukaan hati; kegembiraan: ~nya itu hanya utk beberapa hari saja. 2 tersangat girang: Busu ketawa ~. penggirang selalu girang (ttg perangai, tabiat dll); tidak pernah berasa sedih: Udi ialah gadis yg ayu dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
girang | riang hati, suka hati, (sangat) gembira: hati orang tua itu telah mulai ~ sedikit; aku terlalu ~; bergirang hati beriang hati, bersuka hati, (sangat) bergembira; menggirangkan membangkitkan (menimbulkan) rasa girang, meriangkan (menggembirakan) hati: dia bercerita sambil berjenaka utk ~ hati anaknya; kegirangan 1. keriangan, kesukaan, kegembiraan: entah mengapa hatinya malam itu penuh ~; 2. = kegirang-girangan terlalu amat girang: ia melompat ~; penggirang selalu girang (tabiat); gemirang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegirangan | 1 keadaan girang; kesukaan hati; kegembiraan: ~nya itu hanya utk beberapa hari saja. 2 tersangat girang: Busu ketawa ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegirangan | 1. keriangan, kesukaan, kegembiraan: entah mengapa hatinya malam itu penuh ~; 2. = kegirang-girangan terlalu amat girang: ia melompat ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegirangan | 1. keadaan girang; kesukaan hati; kegembiraan: ~nya itu hanya utk beberapa hari saja. 2. tersangat girang: Busu ketawa ~ . | Kamus Pelajar |
kesukaan | 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
a II | sr 1. utk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan: itu dia, ~, macam itulah caranya!; 2. utk menunjukkan terlupa akan sesuatu: nama bukunya ... ~, nanti saya cuba ingatkan! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keracak | 1. melompat-lompat atau melonjaklonjak (kerana kegirangan dll); 2. deras perjalanannya (bkn perahu), laju; 3. riak air di belakang kapal, perahu, dsb yg sedang bergerak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sukacita | 1 perasaan senang hati; kegirangan: Dgn ~nya dimaklumkan bahawa anakanda telah pun lulus dlm peperiksaan yg lalu. | Kamus Pelajar |
berseri | 1 kelihatan elok atau indah; bercahaya; bersemarak. 2 = berseri-seri kelihatan cemerlang mukanya kerana kegirangan dll. 3 meriah dan ceria (bkn majlis, persembahan dsb): Jika dia datang, majlis itu akan lebih ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |