kegunaan | 1 hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2 yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegunaan | 1. faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk ~ seluruh rakyat; 2. yg digunakan: semua kertas ~nya dapat dibeli; segala alat ~ menebas pd zaman itu dibuat drpd batu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegunaan | 1. hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2. yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. | Kamus Pelajar |
aplikasi | 1 kegunaan (pd praktiknya). 2 ist atur cara atau program komputer yg direka khusus utk kegunaan tertentu. mengaplikasikan menggunakan secara amali: Setiap pelajar perlu ~ pengetahuan yg dipelajari di sekolah dlm kehidupan harian. pengaplikasian perihal atau perbuatan mengaplikasikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khas | tertentu utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; khusus: Rumah-rumah itu didirikan ~ utk pegawai pejabat tsb. mengekhaskan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu kegunaan; mengkhususkan: Asrama itu dikhaskan utk penuntut-penuntut yg datang dr luar bandar. terkhas dikhaskan; dikhususkan: Perpustakaan itu boleh digunakan oleh sesiapa juga dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khas | tertentu utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; khusus: Rumah-rumah itu didirikan ~ utk pegawai pejabat tsb. mengkhaskan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu kegunaan; mengkhususkan: Asrama itu dikhaskan utk penuntut-penuntut yg datang dr luar bandar. terkhas dikhaskan; dikhususkan:Perpustakaan itu boleh digunakan oleh sesiapa juga dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut saja. | Kamus Pelajar |
tandas II | tempat buang air; jamban: ~ lubang; ~ pam; ~ tong. ~ awam tandas utk kegunaan orang ramai. ~ bergerak tandas mudah alih yg disediakan di tempat keramaian utk kegunaan orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wakaf | diuntukkan bagi kegunaan umum (sbg derma atau sedekah): telaga ~ telaga yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (spt utk perkuburan, utk mendirikan masjid). mewakafkan memberikan harta benda atau tanah utk kegunaan orang ramai; memberikan sesuatu utk hal-hal yg berkaitan dgn agama: Raja Mokhtar telah ~ anjung rumahnya utk dijadikan surau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penglihatan buatan(artificial vision) | Kebolehan melihat yang diperoleh daripada peranti deria penglihatan yang dikawal oleh komputer untuk kegunaan manusia yang cacat penglihatan atau untuk kegunaan robot. Sinonim penglihatan tiruan. | Kamus Komputer |
wakaf I | Ar 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb yg berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2. badan (institusi) yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam; berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan (kegunaan) umum atau keagamaan; mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang ramai, memberikan sesuatu utk hal atau keperluan yg berkaitan dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak mempunyai pokok manggis dlm paraknya; pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |