keharmonian | keadaan harmoni; kesesuaian; keselarasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keharmonian | 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ perhubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keharmonian | keadaan harmoni; kesesuaian; keselarasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. | Kamus Pelajar |
penyatupaduan | perbuatan atau proses menyatupadukan: ~ rakyat adalah penting utk mencapai keharmonian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ungkit-mengungkit | saling mengungkit (menimbul-menimbulkan perkara yg telah lalu): demi keharmonian dan perpaduan keluarga, janganlah kita ~ lagi perkara yg telah berlalu itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengkafiran | perbuatan mengkafirkan: isu ~ yg diuar-uarkan sejak 19 tahun lalu adalah satu tindakan yg boleh memecahkan keharmonian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
satu padu | kukuh atau mantap kerana bergabung. bersatu padu bergabung (berkumpul dsb) hingga menjadi kukuh. menyatupadukan menjadikan satu padu: Pembentukan kebudayaan nasional amat penting utk ~ masyarakat yg berbilang kaum. penyatupaduan perbuatan atau proses menyatupadukan: ~ rakyat adalah penting utk mencapai keharmonian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harmoni | 1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada suara yg ~; 2. persesuaian atau persetujuan: kedua-dua suami isteri itu hidup dlm keadaan yg ~; 3. not-not muzik dlm sesuatu kod; 4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll; mengharmonikan 1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara mereka; 2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka; keharmonian 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ perhubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harmoni | 1 persesuaian (pendapat, sikap, perasaan dll). 2 gabungan benda atau warna yg menyenangkan dan memuaskan. 3 gabungan bunyi atau suara yg sedap didengar pd muzik atau nyanyian. 4 dlm keadaan yg bersesuaian; selaras; sesuai: Susunan perabot di rumah itu ~ sekali. Lagu itu disampaikan dlm irama yg ~. 5 baik dan damai dlm pertalian persahabatan atau dlm hubungan suami isteri; rukun: Mereka sekeluarga hidup dlm keadaan yg ~. berharmoni ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. mengharmonikan menjadikan harmoni. keharmonian keadaan harmoni; kesesuaian; keselarasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. pengharmonian usaha atau perbuatan mengharmonikan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ungkit | ; ungkang-~ = ungkit-ungkit bergerak-gerak turun naik, jungkat-jungkit; mengungkit 1. mengangkat (menaikkan) dgn hujung tuas dll, mengumpil, mengungkil: ~ pintu; 2. = mengungkit-ungkit menimbul-nimbulkan (perkara yg telah lalu), membang-kitkan-bangkitkan, mengungkat-ungkat: jangan ~ perkara lama; sudah suratan takdir, sudah nasib diri, tak guna diungkit lagi; tidak dapat diungkit dgn besi hangat prb a) perihal dua orang yg amat berkasih-kasihan yg tidak dapat dicerai-ceraikan; b) perihal orang yg tidak mahu berpisah dr temannya kerana seronok bercakap-cakap; ungkit-mengungkit saling mengungkit (menimbul-menimbulkan perkara yg telah lalu): demi keharmonian dan perpaduan keluarga, janganlah kita ~ lagi perkara yg telah berlalu itu; pengungkit alat yg digunakan utk meng-ungkit, pengumpil, tuas; pengungkit-ungkitan perbuatan mengungkit-ungkit: sering berlaku perdebatan dan ~ mengenai bangsa yg ingin dibangunkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |