keharuan | keadaan tidak aman; kekacauan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keharuan | 1. kerusuhan, kekacauan: tulisannya itu menggambarkan segala ~ dan kegelisahan fikirannya; 2. keterharuan: ~ hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keharuan | keadaan tidak aman; kekacauan. | Kamus Pelajar |
haru | kacau: dia telah faham akan telatah isterinya, kalau dilawan ~ jadinya; mengharu 1. mengacau, mengaduk (santan, tepung, dll); 2. mengganggu, menggoda, merasuk dll (bkn perbuatan manusia dll yg jahat): parti-parti pembangkang yg ~ mereka di parlimen; bahawasanya syaitanlah yg ~ raja; 3. menjadikan tidak tenteram, mengacaukan, meresahkan, menggelisahkan: hatinya telah diharu oleh perasaan malu; mengharukan 1. menimbulkan huru-hara, mengacaukan, merusuhkan: penempatan semula dikerjakan utk menyelamatkan orang kampung drpd diharukan pengganas komunis; 2. merusuhkan, menggelisahkan, merunsingkan: pasti ada sesuatu dlm kepalanya yg ~ fikirannya; 3. merawankan hati, memilukan, menyayukan: bunyi yg indah dapat ~ perasaan pendengar; suasana di majlis yg sungguh-sungguh ~, sedih dan sayu; terharu berasa hiba (kasihan, rawan hati, dsb): ia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~; keterharuan keadaan terharu, kepiluan, kesedihan, dll; keharuan 1. kerusuhan, kekacauan: tulisannya itu menggambarkan segala ~ dan kegelisahan fikirannya; 2. keterharuan: ~ hati; pengharuan perihal mengharukan; pengharu pengacau, pengganggu, perusuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haru | ; ~-biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1 mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~nya di hutan belantara itu. 2 mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haru | ; ~- biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1. mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~ nya di hutan belantara itu. 2. mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1. menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan:Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2. ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1. berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2. berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu. | Kamus Pelajar |