kehausan | keadaan atau hal haus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kehausan | perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menyebabkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehausan | 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kandangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehausan | keadaan atau hal haus. | Kamus Pelajar |
kehausan | 1. berasa haus; menderita haus; kedahagaan: Udara panas itu menyebabkan dia ~. 2. perasaan atau keadaan haus; kedahagaan. | Kamus Pelajar |
kedahagaan | 1 menderita dahaga; berasa dahaga; kehausan. 2 perasaan atau keadaan dahaga; kehausan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedahagaan | 1. menderita dahaga; berasa dahaga; kehausan. 2. perasaan atau keadaan dahaga; kehausan. | Kamus Pelajar |
polidipsia | (Ubat) kehausan yg teruk dan berpanjangan, spt pd penyakit kencing manis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedahagaan | perihal dahaga, kehausan, keinginan (akan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekeringan | 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |