kehormatan | 1 pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sbg menghargai jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dikuniai ~ “Order of Merit” oleh Raja Inggeris dlm tahun 1907. 2 nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3 kebesaran atau kemuliaan raja-raja dll: ~ Raja-Raja Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kehormatan diri | kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehormatan | 1. pemberian hormat (penghargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dikebumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk menyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh masuk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehormatan | 1. pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sbg menghargai jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dikurniai ~ “Order of Merit” oleh Raja Inggeris dlm tahun 1907. 2. nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3. kebesaran atau kemuliaan raja-raja dll: ~ Raja-raja Melayu. | Kamus Pelajar |
mencabuli | 1. menodai, mencemari (kehormatan perempuan dll): maka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya; ~ kehormatan (seseorang gadis) menodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis); 2. memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dsb): tujuan NATO ditubuhkan ialah utk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah drpd dicabuli oleh Soviet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencabul | 1. menodai, mencemari (kehormatan perempuan dll): maka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya; ~ kehormatan (seseorang gadis) menodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis); 2. memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dsb): tujuan NATO ditubuhkan ialah utk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah drpd dicabuli oleh Soviet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rehabilitasi | (réhabilitasi) IB pemulihan kpd keadaan yg dahulu, pemulihan kehormatan; merehabilitasikan memulihkan kpd keadaan yg dahulu, memulihkan kehormatan (nama baik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Datuk | 1 gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kpd orang-orang tertentu (kerana menghormati jasanya dll): Antara tetamu yg hadir termasuklah ~ Hussein Onn dan isterinya, Datin Suhaila. 2 gelaran kehormatan yg diberikan kpd orang-orang yg berpangkat: ~ Bandar; ~ Bendahara; ~ Panglima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Datuk | 1. gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kpd orang-orang tertentu (kerana menghormati jasanya dll): Antara tetamu yg hadir termasuklah ~ Husein Onn dan isterinya, Datin Suhaila. 2. gelaran kehormatan yg diberikan kpd orang-orang yg berpangkat: ~ Bandar; ~ Bendahara; ~ Panglima. | Kamus Pelajar |
lacur | melacur melakukan persetubuhan secara haram dgn tujuan mencari wang dsb (biasanya perempuan); menjual kehormatan; menyundal. melacurkan menjadikan sbg pelacur: ~ diri. pelacuran perbuatan atau hal melacur:Kerajaan berusaha menghapuskan ~ di bandar-bandar. pelacur orang yg melacurkan diri atau yg menjual kehormatan diri. | Kamus Pelajar |