keinsafan | perihal insaf; rasa insaf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keinsafan | rasa insaf, kesedaran: peristiwa itu telah menimbulkan ~ di dlm jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keinsafan | perihal insaf; rasa insaf. | Kamus Pelajar |
kebangunan | kebangkitan, keinsafan, kesedaran: ~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesedaran | perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kesedaran | perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik. | Kamus Pelajar |
kesedaran | perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan: usaha ini dilakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mempunyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul; sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm dada Abdullah sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celik mata | sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan): baru ~ mata orang Melaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedar | Kesedaran perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik. | Kamus Pelajar |
sesal | perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habishabis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-menyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduhmenuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |