alang III | = alangan ark hadiah, pemberian; ~ berjawab, tepuk berbalas prb kebaikan dibalas dgn kebaikan, kejahatan dgn kejahatan pula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bela | /béla/ 1 orang yg ikut mati bersama suaminya atau tuannya dgn cara membunuh diri dsb. 2 balasan yg dikenakan terhadap orang yg melakukan pembunuhan atau kejahatan: menuntut ~ membalas kejahatan orang. membela 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. pembelaan hal atau perbuatan membela. pembela orang yg membela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pohon I | 1. tumbuhan yg berbatang besar serta keras, pokok: ~ beringin; ~ kenanga; ~ sena; 2. ki asal mula, pangkal, pokok; ~ segala kejahatan asal usul segala kejahatan; ~ angin awan (mendung) yg bergumpal-gumpal di kaki langit menandakan angin ribut akan turun; ~ bahasa dasar-dasar bahasa; ~ buah (buah-buahan) pokok yg mengeluarkan buah-buahan; ~ kayu batang kayu, pokok kayu; ~ mata sudut mata sebelah dalam yg hampir dgn hidung; ~ telinga pangkal telinga; ada angin ada ~nya = hujan berpohon, panas berasal prb segala perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya); bagaimana ~ tiada akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di batangnya prb orang yg bersahabat dgn orang jahat (walaupun ia drpd orang besar) akhirnya rosak juga; spt ~ beringin ditiup angin prb menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut; pohonan ki berbagai-bagai pohon (terutamanya digunakan dlm karya sastera); pohon-pohonan, pepohonan Jk sekumpulan pohon yg berbagai-bagai jenis, pohon kayu-kayuan; pepohon pohon-pohon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pohon I | 1 tumbuh-tumbuhan yg berbatang besar serta keras: ~ durian; ~ petai. 2 ki asal mula sesuatu perkara; pangkal; punca: ~ segala kejahatan asal mula segala kejahatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejahatan | kelakuan atau perbuatan yg jahat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejahatan | kelakuan atau perbuatan yg jahat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejahatan | kelakuan atau perbuatan yg jahat. | Kamus Pelajar |
komplot | , 1 = komplotan kumpulan orang yg bertujuan melakukan kejahatan; kumpulan sulit yg berniat jahat; kumpulan samseng. 2 rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan dsb): Satu ~ yg hendak menimbulkan kekacauan telah diketahui polis. Beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua. berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): Kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pohon segala kejahatan | asal mula segala kejahatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pohon segala kejahatan | asal usul segala kejahatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |