kejahilan | keadaan atau hal jahil (dlm hal agama dll); kebodohan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejahilan | perihal jahil, kebodohan (dlm hal agama, sesuatu perkara, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejahilan | keadaan atau hal jahil (dlm hal agama dll); kebodohan. | Kamus Pelajar |
jahil murakab | (orang yg) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemasangan | perbuatan atau kerja memasang: Kebanyakan kemalangan elektrik disebabkan oleh kecuaian, kejahilan dan ~ wayar yg tidak betul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemasangan | perbuatan atau kerja memasang: Kebanyakan kemalangan elektrik disebabkan oleh kecuaian, kejahilan dan ~ wayar yg tidak betul. | Kamus Pelajar |
jahil | 1. Ar tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll), bodoh: Dolah ~ dlm hal agama; 2. cetek pengetahuannya; ~ basit (orang yg) jahil tetapi sedar akan kejahilannya; ~ murakab (orang yg) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya; ~ teropong Kl bodoh dan tidak mahu menerima ajaran-ajaran orang; ~ tukil Kl terlalu jahil; menjahilkan menjadikan (menyebabkan atau menganggap) jahil: janganlah begitu mudah kita ~ orang lain; kejahilan perihal jahil, kebodohan (dlm hal agama, sesuatu perkara, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecelaruan | perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll), keadaan kacau-bilau: ~ yg wujud apabila agama Taoisme, Hindu, dan Islam dianggap sama sudah jelas menunjukkan kejahilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jahil | 1 tidak mengetahui hukum atau ajaran agama Islam. 2 tidak mengetahui atau tidak memahami sesuatu hal; cetek pengetahuannya; bodoh: Ada orang yg ~ ttg bahasa, tetapi mengaku ahli bahasa. kejahilan keadaan atau hal jahil (dlm hal agama dll); kebodohan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jahil | 1. tidak mengetahui hukum atau ajaran agama Islam. 2. tidak mengetahui atau tidak memahami sesuatu hal; cetek pengetahuannya; bodoh:Ada orang yg ~ ttg bahasa, tetapi mengaku ahli bahasa. kejahilan keadaan atau hal jahil (dlm hal agama dll); kebodohan. | Kamus Pelajar |