kekalahan | keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian, askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekalahan | perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekalahan | keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka | Kamus Pelajar |
tewas | (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, kekurangan (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi berguru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertempuran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketewasan | 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketundukan | perihal tunduk, kekalahan, kepatuhan, ketaatan, ketewasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kealahan | perihal alah, kekalahan, ketewasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketumpasan | 1 kebinasaan atau kemusnahan. 2 kekalahan atau ketewasan (dlm perlawanan sukan spt bola sepak, badminton). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketewasan | 1 keadaan atau hal tewas; kekalahan. 2 kecelakaan; bencana. 3 telah ditewaskan; kalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tebus; menebus | 5 membela sesuatu kekalahan atau kegagalan; menutup malu: Dgn kemenangan itu, dia telah berjaya ~ kekalahannya tempoh hari. | Kamus Pelajar |