kendali | Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu; mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengurus(kan), mentadbir(kan), mengawal perjalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil perbuatan mengendalikan; pengendalian perihal mengendalikan (mengekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekang | , 1 = kekangan besi bergerigi yg dipasang pd mulut kuda utk mengendalikannya. 2 = tali ~ tali utk mengendalikan kuda. mengekang 1 menarik tali kekang utk memberhentikan kuda: Kuda yg ketakutan itu tidak dpt dikekang lagi. 2 ki menyekat supaya tidak berlaku sesuatu; menahan; mencegah: Kerajaan hendaklah mengadakan undang-undang utk ~ harga barang-barang supaya tidak naik. kekangan 1 kekang. 2 ki paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; kendala. 3 ki kawalan perasaan (spt nafsu, keinginan). pengekangan perbuatan atau hal mengekang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekang | 1. = kekangan besi bergerigi yg dipasang pd mulut kuda utk mengendalikannya. 2. = tali ~ tali utk mengendalikan kuda. mengekang 1. menarik tali kekang utk memperhentikan kuda:Kuda yg ketakutan itu tidak dpt dikekang lagi. 2. ki menyekat supaya tidak berlaku sesuatu; menahan; mencegah: Kerajaan hendaklah mengadakan undang-undang utk ~ harga barang-barang supaya tidak naik. kekangan 1. kekang. 2. ki paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; kendala. 3. ki kawalan perasaan (spt nafsu, keinginan dll). pengekangan perbuatan atau hal mengekang. | Kamus Pelajar |
kekang | 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi; mengekang 1. menarik tali kekang (utk memberhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar; terkekang dihentikan (kuda yg berlari), terkendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll); pengekangan perihal atau perbuatan mengekang (hawa nafsu dll); kang II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tali kekang | tali utk mengendalikan kuda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tali kekang | tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tali kang (kekang, kendali, tum) | tali utk mengemudikan kuda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekangan | 1 kekang. 2 ki paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; kendala. 3 ki kawalan perasaan (spt nafsu, keinginan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tali tom | tali kekang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tali ras | tali kekang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |