kekaraman | 1 mengalami bencana karam. 2 perihal karam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekaraman | 1. mengalami bencana yg mengakibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekaraman | 1. mengalami bencana karam. 2. perihal karam. | Kamus Pelajar |
karam | 1 masuk atau terbenam dlm air (bkn kapal, perahu dll); tenggelam: Dua buah kapal musuh ~ di Teluk Siam. 2 terendam atau tenggelam dlm air; digenangi air: Apabila hujan turun dgn lebatnya, banyaklah kampung di situ yg ~. mengaramkan menjadikan (perahu dll) karam; menenggelamkan. kekaraman 1 mengalami bencana karam. 2 perihal karam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karam | 1. masuk atau terbenam dlm air (bkn kapal, perahu dll); tenggelam: Dua buah kapal musuh ~ di Teluk Siam. 2. terendam atau tenggelam dlm air; digenangi air: Apabila hujan turun dgn lebatnya, banyaklah kampung di situ yg ~. mengaramkan menjadikan (perahu dll) karam; menenggelamkan. kekaraman 1. mengalami bencana karam. 2. perihal karam. | Kamus Pelajar |
karam | 1. tenggelam (perahu dll): sebelum ~, barang-barang dlm kapal itu dapat diselamatkan; 2. digenangi (air): kampung itu ~ oleh air bah; ~ berdua basah seorang prb dua orang yg melakukan kesalahan tetapi seorang yg kena hukum; ~ di darat prb mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yg tidak sepatutnya); ~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali prb mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara; ~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah prb kesedihan kerana kematian kekasih adalah lebih drpd kehilangan harta; ~ Kampar oleh Kuantan prb orang yg dikasihi merosakkan harta yg diberikan, tetapi ia tetap disayangi; ~ sambal oleh belacan prb mendapat kerugian oleh orang yg dipercayai (dikasihi); ~ tidak berair prb mendapat kecelakaan dgn tidak tentu sebabsebabnya; orang ~ di laut, aku ~ di darat prb mendapat bencana di tempat yg tidak patut mendapatnya; telah ~ maka bertimba prb setelah mendapat bencana baru ingat (menyesal); mengaram turun hendak tenggelam; disangka tiada akan ~, ombak yg kecil diabaikan prb kerana tidak menghiraukan bahaya yg kecil, maka ditimpa celaka yg besar; mengaramkan 1. menenggelamkan (perahu dll); 2. ki membencanakan, mencelakakan; kekaraman 1. mengalami bencana yg mengakibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |