kekeluargaan | hal mengenai keluarga: masalah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekeluargaan | yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hubungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekeluargaan | hal mengenai keluarga: masalah ~. | Kamus Pelajar |
biras | hubungan kekeluargaan yg terjalin antara dua orang yg mengahwini dua orang adik-beradik; pertalian kekeluargaan antara menantu dgn menantu. | Kamus Pelajar |
kerabat I | Ar 1. sanak saudara, saudara-mara, keluarga: ia menjadi tabib bagi ~ diraja; kaum ~ saudara-mara; 2. dekat (rapat) dlm perhubungan kekeluargaan; ~ diraja bd keluarga diraja; berkerabat ada hubungan kekeluargaan, bersaudara: aku memang sedia menolong orang yg ~ dgn aku; kekerabatan yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan: jelaslah kpd kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun drpd hubungan dan ikatan ~; perkerabatan perhubungan (pertalian) kekeluargaan, persaudaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eksogami | /éksogami/ ist penyatuan dua gamet yg berasal drpd dua induk yg tidak mempunyai hubungan kekeluargaan atau yg mempunyai hubungan kekeluargaan yg jauh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangkut paut | 1 perhubungan atau pertalian antara dua tiga perkara. 2 hubungan dr segi kekeluargaan. bersangkut paut 1 mempunyai pertalian antara satu dgn yg lain; ada sangkut pautnya. 2 mempunyai hubungan dr segi kekeluargaan; bersaudara (dgn). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
eksogami | (éksogami) 1. (Ant) adat atau perbuatan mengahwini seseorang drpd suku kaum lain; 2. (Bio) penyatuan dua gamet yg berasal drpd dua induk yg mempunyai hubungan kekeluargaan yg jauh atau tidak mempunyai hubungan kekeluargaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karib | 1. dekat (hubungan kekeluargaan); ~ (dan) baid dekat dan jauh (sanak saudara); ~ kerabat saudara-mara yg dekat; 2. rapat, erat (persahabatan dll): kawan ~ kawan yg rapat; berkarib bersanak saudara, bersahabat baik, erat (rapat) perhubungannya: ia ~ benar dgn Mak Guna yg bijak itu; mengaribi bersahabat baik dgn, mendekati; mengaribkan merapatkan atau mengeratkan (persahabatan, persaudaraan, dll); kekariban 1. perihal persaudaraan atau hubungan kekeluargaan; 2. perihal erat atau rapat (perhubungan, persahabatan), keeratan (perhubungan, persahabatan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selok-belok | (sélok-bélok) 1. = selok jumbai ark perhubungan atau pertalian antara satu dgn lain (kekeluargaan dll), kaitan, sangkut-paut: antara saya dgn dia, tidak ada ~nya; 2. sesuatu yg ada hubungannya dgn yg lain, hal yg berkaitan dgn sesuatu: Johan mem-pelajari ~ berniaga; mereka sedang meng-huraikan sesuatu kepadanya tentang ~ pelayaran; 3. hal yg berselit-belit (berliku-liku): mereka tahu benar akan segala ~ kerja-kerja yg sedang dijalankan itu; berselok-belok 1. berkaitan (kekeluargaan dll), bersangkut paut; 2. ada hubungannya dgn, berkait-kait dgn, berbelit-belit dgn; 3. banyak kesulitannya, sukar, sulit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |