kekeringan | 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekeringan | 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekeringan | 1. sifat atau keadaan kering. 2. telah menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3. ki kehabisan wang. | Kamus Pelajar |
xerostomia | (xérostomia) (Ubat) kekeringan pd mulut disebabkan kekurangan rembesan air liur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
xerosis | (xérosis) (Ubat) kekeringan tidak normal pd mata, kulit ataupun mulut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
xeroftalmia | (xéroftalmia) (Ubat) kekeringan konjunktiva dan kornea disebabkan oleh kekurangan vitamin A. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegersangan | keadaan gersang, kekeringan, kehampaan, kekosongan; ®kersang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketohoran | 1. perihal tohor, kekeringan; 2. ki kehabisan (wang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gersang | 1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn rambut); 3. hampa, kosong: tinggal sekeping hati yg ~; menggersangkan menjadikan hampa, kosong: kehidupan kota telah ~ kehidupan seni warganya; kegersangan keadaan gersang, kekeringan, kehampaan, kekosongan; ®kersang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kering | 1 tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2 tidak turun hujan; kemarau: musim ~. 3 ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |