kekhilafan | kesalahan (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), kekeliruan, kesilapan: beberapa ~ yg terdapat dlm laporan itu telah dibetulkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekeliruan | kesalahan (pd membuat anggapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusutan: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khilaf | salah (kerana kecuaian, kurang pengalaman, dll), keliru, silap: adalah juga beberapa kesalahan di dalamnya drpd ~ atau lupa; terkhilaf tersalah (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), terkeliru, tersilap: harap maaf kiranya saya ~; kekhilafan kesalahan (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), kekeliruan, kesilapan: beberapa ~ yg terdapat dlm laporan itu telah dibetulkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keliru | 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyangkakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, mengacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat anggapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusutan: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |