kekhuatiran | perasaan khuatir; kebimbangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekhuatiran | perasaan khuatir, kebimbangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekhuatiran | perasaan khuatir; kebimbangan. | Kamus Pelajar |
keiblisan | (berperilaku) spt iblis: kekhuatiran dan kegusaran yg kadangkala boleh bersifat kedajalan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecemasan | 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebimbangan | perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegelisahan | hal atau keadaan gelisah; perasaan gelisah; kekhuatiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegelisahan | hal atau keadaan gelisah; perasaan gelisah; kekhuatiran. | Kamus Pelajar |
iblis | kepala segala syaitan, makhluk jahat (yg kerjanya menghasut manusia supaya berbuat jahat, berkelahi, dan mengingkari perintah Allah); digoda ~ hilang pertimbangan; perangainya macam ~ terlalu jahat (suka mengganggu orang); keiblisan (berperilaku) spt iblis: kekhuatiran dan kegusaran yg kadangkala boleh bersifat kedajalan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketakutan | 1. perihal takut, rasa takut: maka sekalian orang yg duduk dlm negeri itu sentiasa dgn ~ akan aniaya dan loba orang besar-besar; 2. perasaan hormat dan malu, keseganan; 3. perasaan resah, kegelisahan, kekhuatiran; 4. dlm keadaan takut, menderita (menanggung) takut: pengemis itu kelihatan ~ sahaja rupanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |