kosong | 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, mengisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiadaan iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekosongan | 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiadaan iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelompang | 1. kulit telur (buah dll) yg tidak berisi; 2. kosong (tidak berisi); 3. kecewa, hampa; kelompangan keadaan kosong, kekosongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vakum | 1. ruang yg tidak mengandungi jirim (terutamanya ruang yg udaranya telah dikeluarkan), hampa gas; 2. ruang yg gasnya wujud pd tekanan yg rendah; 3. ki kekosongan (bkn perasaan dsb); 4. = pembersih ~ alat elektrik yg digunakan utk membersihkan lantai (permaidani, perabot, dsb) dgn cara sedutan, pembersih hampa gas; 5. bkn (mengan-dungi, menghasilkan, dijalankan dgn, dsb) tekanan gas yg rendah: pengering ~; pam ~; memvakum membersihkan lantai (permaidani, perabot, dsb) dgn menggunakan pembersih vakum (hampa gas): ibu sedang ~ bilik tidurnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luang I | 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luang | 1 ruang yg kosong; kelapangan (tempat atau waktu): Orang terlalu banyak sehingga utk berdiri pun tidak ada ~ lagi. 2 kekosongan jawatan (tenaga pekerja). meluangkan mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. terluang 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. peluang kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gersang | 1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn rambut); 3. hampa, kosong: tinggal sekeping hati yg ~; menggersangkan menjadikan hampa, kosong: kehidupan kota telah ~ kehidupan seni warganya; kegersangan keadaan gersang, kekeringan, kehampaan, kekosongan; ®kersang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kosong | 1 tidak berisi apa-apa: botol ~; gelas ~. 2 nombor O; sifar: Utk memanggil operator telefon, dail nombor ~. 3 tidak ada orang yg mendiaminya; tidak bertulis apa-apa; belum ada orang yg memegangnya (menyandangnya): rumah ~; kertas ~; jawatan (kerja) ~. mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada orang yg mendudukinya, menyandangnya dll): Beliau telah mengisi jawatan pengurus yg telah dikosongkan oleh rakannya itu. kekosongan keadaan kosong. pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan: ~ bilik itu adalah utk membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umbi I | 1. sj akar yg menjadi gemuk dan berisi (keledek, kemili, dll); 2. perdu batang yg menjadi gemuk dan berisi (keladi, talas); 3. pangkal pokok yg berdaun tunggal (spt pokok kelapa, pisang, dll); 4. = akar ~ akar drpd batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah, akar tunjang; 5. bahagian yg tertanam (tiang, pancang, dll); 6. ki punca atau asal drpd sesuatu, asal, mula, pokok, pusat: semua ini, jika kita berbalik kpd ~ dan niat, adalah bertolak drpd kekosongan iman dlm diri; umbi-umbian segala jenis umbi (keladi dll); berumbi ada umbinya, berisi; berurat ~ sudah terlalu mendalam dlm hati (perasaan dll), sudah kukuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kosong | 1. tidak berisi apa-apa:botol ~; gelas ~. 2. nombor O; sifar:Utk memanggil operator telefon, dail nombor ~. 3. tidak ada orang yg mendiaminya; tidak bertulis apa-apa; belum ada orang yg memegangnya (menyandangnya): rumah ~; kertas ~; jawatan (kerja) ~. mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada orang yg mendudukinya, menyandangnya dll): Beliau telah mengisi jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu. kekosongan keadaan kosong. | Kamus Pelajar |