kekutuban | ist keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekutuban | (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litar ATAU(OR circuit) | Litar elektronik yang menghasilkan isyarat output yang mempunyai kekutuban berdasarkan fungsi logik ATAU berangkum. | Kamus Komputer |
kutub | 1 = ~ bumi bahagian bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan pd hujung paksi bumi: ~ utara; ~ selatan. 2 = ~ magnet bahagian yg berdekatan dgn kutub bumi spt yg ditunjukkan oleh jarum kompas. 3 bahagian hujung magnet. kekutuban ist keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif. pengutuban ist proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kutub I | 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk; ~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi; berkutub ada kutubnya (bkn sel dll); kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |