Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kelabu (adjektif)
1. Bersinonim dengan pirau: warna abu

2. Bersinonim dengan suram: kelam, tidak ceria.,



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kelabu1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~; mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengeta­huan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan mus­lihat), mengabui (mata), memperdaya, me­nipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yg dimaksudkan; mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu; kekelabuan keadaan kelabu; kekelabu-kelabuan seakan-akan warna ke­labu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bolor IITr 1. buta; 2. kelabu (bkn mata), tidak jernih.Kamus Dewan Edisi Keempat
pirau I1. warna spt warna abu, kelabu; 2. Mn tidak terang (pelihatan), kabur.Kamus Dewan Edisi Keempat
lotong1 beberapa jenis kera yg berekor panjang, Presbytis spp.. ~ hitam Presbytis melalophos. ~ kelabu Presbytis cristata. ~ mata putih Presbytis obscura. 2 hitam: hitam ~ sangat hitam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebam1. sudah luntur warnanya, tidak berseri lagi, malis; 2. warna yg suram (kelabu dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
piuter1 pancalogam timah dgn plumbum (kadang-kadang dicampurkan juga kuprum dan antimoni) yg berwarna kelabu kebiru-biruan dan digunakan utk membuat barang-barang perhiasan rumah dsb. 2 barang-barang yg dibuat drpd piuter I.Kamus Pelajar
lotong I1. sj kera yg berekor panjang; ~ Bangkatan, Nasalis larvatus; ~ ceneka, Presbytis melalophos; ~ cengkung = ~ ber­celak, Presbytis obscura; ~ kelabu, Presbytis cristata; 2. hitam; hitam ~ sangat hitam, hitam sungguh; ~ kekah kumput jarinya, kembung segah ketul jadinya prb kesusahan itu akhirnya akan mendatangkan kesenangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
piuter1 pancalogam timah dgn plumbum (kadang-kadang dicampurkan juga kuprum dan antimoni) yg berwarna kelabu kebiru-biruan dan digunakan utk membuat barang-barang perhiasan rumah dsb. 2 barang-barang yg dibuat drpd piuter 1.Kamus Pelajar Edisi Kedua
awan1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi ~ menyinari bumi; 2. corak ukiran; ~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~ berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit; ~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~ lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~ hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~ kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-ke­mawan awan yg berkepul-kepul; ~ kera­wang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg ber­pindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkait-kait; ~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~ pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ tele­pok ukiran yg menyerupai bunga teratai; berawan diliputi awan: langit tidak ~;mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg ter­bang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, mem­bumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemun­cak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehen­daki itu jauh ~, tak mudah tercapai;merawan berada di atas awan, setinggi awan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertaut1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidupKamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas