kelakar II | Sr 1. perbualan; 2. omong kosong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelakar I | jenaka, gurau senda, lawak, olok-olok, seloroh; berkelakar berjenaka, bergurau senda, berlawak, berolok-olok, berseloroh: ia ~ dan kami pun ketawa terbahak-bahak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gurau | percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok: anakanda hendak mengusik ayahandakah dgn ~ jenaka anak-anda ini?; ~ senda = senda ~ berbagai-bagai kelakar; bergurau = ~ senda berbual secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar: jangan ~ Aini, jangan berolok-olok; memperguraukan mempermain-mainkan supaya ditertawakan orang, memperolok-olok: adakah anak sebesar kau diperguraukan orang? gurauan, pergurauan senda, kelakar, jenaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecindan | Mn gurau senda, jenaka, kelakar; mulut manis ~ murah pandai mengambil hati orang; berkecindan bergurau senda, berjenaka, berkelakar, berlawak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelakar | perbuatan, kata-kata dsb yg dpt menggembirakan atau yg dpt menggelikan hati; jenaka; lawak; gurau senda: ~nya menyebabkan kami tertawa terbahak-bahak. berkelakar membuat kelakar; berjenaka; berlawak; bergurau senda: Pemuda yg kacak itu pandai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gurau | percakapan, perbuatan dsb utk bermain-main saja dan menggembirakan hati; kelakar: ~ senda, = senda ~ berbagai-bagai kelakar. bergurau, = ~ senda berkata-kata atau berbuat sesuatu (berlawan, bergomol dsb) utk bermain-main saja dan utk menggembirakan hati; berkelakar: Dia hendak ~ saja, jangan marah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelakar | perbuatan, kata-kata dsb yang dpt menggembirakan atau yg dpt menggelikan hati; jenaka; lawak; gurau senda: ~nya menyebabkan kami tertawa terbahak-bahak. berkelakar membuat kelakar; berjenaka; berlawak; bergurau senda:Pemuda yg kacak itu pandai ~. | Kamus Pelajar |
gurau | percakapan, perbuatan dsb utk bermain-main saja dan menggembirakan hati; kelakar: ~ senda, = senda ~ berbagai-bagai kelakar. bergurau, = ~ senda berkata-kata atau berbuat sesuatu (berlawan, bergomol dsb) utk bermain-main saja dan utk menggembirakan hati; berkelakar: Dia hendak ~ saja, jangan marah. gurauan kata-kata atau perbuatan utk bergurau. | Kamus Pelajar |
lawak | sesuatu yg diucapkan atau yg dilakukan utk menggelikan hati orang; jenaka; kelakar. berlawak melakukan atau mengucapkan sesuatu utk menggelikan hati; berjenaka; berkelakar. pelawak 1 orang yg suka berjenaka atau suka membuat kelakar. 2 orang yg kerjanya berlawak; tukang lawak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lawak | sesuatu yg diucapkan atau yg dilakukan utk menggelikan hati orang; jenaka; kelakar. berlawak melakukan atau mengucapkan sesuatu utk menggelikan hati; berjenaka; berkelakar. pelawak 1. orang yg suka berjenaka atau suka membuat kelakar. 2. orang yg kerjanya berlawak; tukang lawak. | Kamus Pelajar |