Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalai (adjektif)
Bersinonim dengan cuai, alpa, teledor, lepa, loleh, tengung, tenging, taufah, sahi, meling, lengai, deder, leler, kelipar, pangling, terpica, seleder, ayal;,
Kata Terbitan : berlalai-lalai, melalaikan, kelalaian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lalai I1. tidak hirau akan kerja (tugas dll), lengah, tidak hati-hati: tidaklah dia ~ drpd mengerjakan kewajibannya hari-hari; 2. asyik akan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar: lalu masuklah gajah itu ke dlm kandang ~ dgn memakan pisang; berlalai-lalai 1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2. sengaja melambat-lambat­kan, berlambat-lambat, berlengah-lengah; melalaikan tidak mengambil berat, tidak menghiraukan: dlm pd itu Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya; ~ hati (sedih) menghiburkan hati; ~ waktu membuang masa; memperlalaikan 1. menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai: utk ~nya, diberinya mainan kpd budak itu; 2. menangguhkan atau mengundurkan (sesuatu cadangan dll): ~ maksud; 3. menghiburkan hati, bersuka-suka: baiklah kuperlalaikan dan kusukakan hati­nya dgn barang daya upayaku;terlalai 1. tidak ingat (kpd kerja, tugas, dll), tidak dihiraukan, terbiar, terlupa; 2. tidak sedar lagi, nyedar: si anak itu pun ~lah dlm tidurnya; 3. terlambat, terlewat; 4. terhibur: sebentar aku ~ mendengarkan irama muzik yg memenuhi tempat itu; kelalaian 1. perihal lalai, kelengahan, ke­alpaan: tiada lain disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguh­nya engkau dlm ~ mengenai hal ini; ~ men­jemput pencuri prb kerana lalai maka selalu rugi; pelalaian ark perihal melalaikan; pelalai 1. orang yg lalai, pelengah; 2. sesuatu (jampi dll) utk melalaikan atau melekakan: jikalau begitu ada satu nyanyi supaya boleh membuat ~ berkayuh; hikmat ~ jampi utk melalaikan orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelalaian1. perihal lalai, kelengahan, ke­alpaan: tiada lain disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguh­nya engkau dlm ~ mengenai hal ini; ~ men­jemput pencuri prb kerana lalai maka selalu rugi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesemberonoan1. perihal semberono (sem-barangan); 2. kelalaian, kelengahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelengahan1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur);Kamus Dewan Edisi Keempat
cuai1 tidak hati-hati membuat se­suatu; kurang peduli terhadap sesuatu; lalai: Jangan ~ belajar. 2 tidak penting; tidak berharga. mencuaikan 1 tidak mengendahkan (pekerjaan, tugas dll); melalaikan; mengabaikan. 2 menganggap tidak penting. kecuaian sifat atau keadaan cuai; kelalaian: Kemalangan itu terjadi kerana ~ pemandu lori tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cuai1. tidak hati-hati membuat sesuatu; kurang peduli terhadap sesuatu; lalai: Jangan ~ belajar. 2. tidak penting; tidak berharga. mencuaikan 1. tidak mengendahkan (pekerjaan, tugas dll); melalaikan; mengabaikan. 2. menganggap tidak penting. kecuaian sifat atau keadaan cuai; kelalaian: Kemalangan itu terjadi kerana ~ pemandu lori tsb.Kamus Pelajar
semberono1. tidak hati-hati (tidak difikirkan baik-baik), sembarangan sahaja, kurang teliti: melakukan sesuatu dgn ~; 2. kurang sopan (perkataan, perbuatan), kurang manis (dlm erti kiasan); menyemberonokan melakukan sesuatu dgn kurang teliti (kurang sopan, kurang manis, sembarangan, dll); kesemberonoan 1. perihal semberono (sem-barangan); 2. kelalaian, kelengahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cuai1. tidak hati-hati dlm membuat sesuatu, lalai, abai: orang yg menjaganya ~, sebab itu budak-budak itu jahat belaka; 2. tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga; mencuaikan 1. mengabaikan, melalaikan, tidak mengendahkan (tugas, pekerjaan, dll): rumah tangga yg dicuaikan kerana berkhidmat kpd tanah air; 2. menganggap tidak penting (tidak berharga, rendah, dll); kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pencuaian perihal mencuaikan, pelalaian: ~ perintah itu boleh menimbulkan masalah.Kamus Dewan Edisi Keempat
teledor(telédor) 1. tidak menjalankan tang­gungjawab, lalai, lengah, malas-malas: ampuni cucumu ini jika dia salah, tegur jika dia ~; 2. tidak berapa tekun bekerja (belajar dll), agak mundur (dlm pelajaran): tolong nasihati budak ini jika dia ~ dlm pelajarannya; 3. suka berlengah-lengah atau bertangguh-tangguh (membayar hutang dll); 4. ark bodoh, bengal, degil (makian);meneledorkan tidak mempedulikan kewajib-an dll, mengalpakan, melalaikan, mencuaikan; keteledoran perihal teledor, kealpaan (dlm pekerjaan, kewajiban, dll), kecuaian, kelalaian, kelengahan: tidaklah dia sunyi drpd kesalahan, ~, kesilapan dan kegagalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lalai1 tidak hati-hati atau tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu: Ketika memandu, janganlah ~, nanti berlanggar. 2 terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak sedar akan hal-hal lain; leka. berlalai-lalai 1 tidak memperhatikan; tidak menghiraukan. 2 berlengah-lengah dgn sengaja; berlambat-lambat. melalaikan 1 tidak mengambil berat (ttg); tidak menghiraukan: Dia tidak pernah ~ suruhan-suruhan suaminya. 2 berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menjadikan atau menyebabkan lalai: Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukau. Alunan muzik yg perlahan ~ pengunjung-pengunjung kelab itu. memperlalaikan 1 menyebabkan orang lain berlalai-lalai. 2 mengundurkan atau melewatkan sesuatu maksud (niat dsb). 3 menghibur hati. terlalai 1 tidak teringat akan kerja (tugas dll); terbiar. 2 tidak sedar lagi (spt tertidur); nyedar: Anaknya ~ di pangkuannya. kelalaian keadaan atau sifat lalai. pelalaian perihal atau perbuatan melalaikan. pelalai 1 orang yg lalai. 2 jampi atau ubat utk melalaikan atau utk melekakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas