Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihat­an (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadi­kan (agak) gelap, menyuramkan, menggelap­kan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan menge­lamkan, penggelapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelam I

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kelimut; kelam-~; ®kelam I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kabut1 wap air spt asap yg lebih tebal drpd kabus. 2 tidak terang; kabur; kelam. kelam-~, = kalang-~ a. gelap; tidak terang. b. kacau-bilau; huru-hara. berkabut 1 dilindungi atau ditutupi kabut; tidak terang; agak gelap. 2 ki sedih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelam-kabuttidak tentu hala; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dlm keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dgn tidak teratur. mengelam-kabutkan menyebabkan jadi kelam-kabut: Mereka sengaja ~ keadaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelam1. tidak berapa terang atau tidak berapa cerah; suram (ttg cahaya, tulisan dll.): <i>Cuaca ~ benar hari ini, hendak hujan agaknya.i> 2. tidak dpt melihat dgn terang; kabur (penglihatan): <i>Matanya ~.i> mengelamkan menjadikan kelam (tidak terang). kekelaman keadaan kelam; kesuraman. kelam-kabut 1. agak gelap kerana berkabut. 2. tidak jelas; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dlm keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dgn tidak teratur.Kamus Pelajar
kelam-kelimut; ®kelam I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelam1 tidak berapa terang atau tidak berapa cerah; suram (ttg cahaya, tulisan dll): Cuaca ~ benar hari ini, hendak hujan agaknya. 2 tidak dpt melihat dgn terang; kabur (penglihatan): Matanya ~. mengelamkan menjadikan kelam (tidak terang). kekelaman keadaan kelam; kesuraman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kabut I1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan; jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa menger­jakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi; terang ~, teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita; berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll), agak gelap; 2. ki sedih, suram; kekabutan keadaan kabut.Kamus Dewan Edisi Keempat
kabut1. wap air spt asap yg lebih tebal drpd kabus. 2. tidak terang; kabur; kelam. <i>kelam-~, = kalang-~i> a. gelap; tidak terang b. kacau-bilau; huru-hara. berkabut 1. dilindungi atau ditutupi kabut; tidak terang; agak gelap. 2. <i>kii> sedih.Kamus Pelajar
haru; ~-biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1 mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~nya di hutan belantara itu. 2 mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
remang III; remang-remang agak gelap (kelam), kabur, samar muka, redup: apabila sampai di kampung, hari telah ~ malam; keremangan suasana (keadaan) yg remang (kelam, kabur): mereka bertolak-tolakan dlm ~; pinggir pantai yg diserkup ~ senja.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas