kelam II | bilah-bilah besi yg digunakan utk memperteguh sambungan balak dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelemat II | ; gelap-~ Kl = kelam-~ Kd sangat gelap, gelap-gelita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
remang II | ; remang-remang agak gelap (kelam); samar-samar; redup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
remang II; remang-remang | agak gelap (kelam); samar-samar; redup. | Kamus Pelajar |
panjut II | pancut; memanjut, memanjut-manjut memancut(mancut), memancar(-mancar), memercik(mercik); memanjutkan memancutkan, memancarkan, memercikkan; panjutan pancaran: perlahan-lahan ~ sinar lampu menjadi kelam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
repot II | (répot) IB 1. banyak kerja, sibuk: ia begitu ~ mengurus dan melayani orang-orang yg datang di rumahnya; mereka akan membenarkan kita lewat tanpa ~; 2. dlm kesukaran, berabai, kalut, kelam-kabut: orang ramai mulai ~ kerana harga beras telah meningkat naik; merepotkan menyebabkan repot; kerepotan kesibukan, kekalutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keras II | ; ~ tulang Jw sj tumbuhan (herba), manik, muni, rami hutan, sambau paya, sembau, sigueh putih, Chloranthus officinalis; buah ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah keminbing, kemiri, Aleurites moluccana; buah ~ laut sj tumbuhan (pokok), barubaru, baru laut, waru, Thespesia populnea; bagai buah ~ di dalam sekul prb percakapan yg kelam-kabut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut II | 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk menangkapi kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; di pelabuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar berdambun-dambun bunyinya; meributkan 1. menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan; 2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan; keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, kekecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda; peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |