kelangsungan | perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelanjutan | ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak bertegur sapa selama dua hari; bagi membiakkan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanjut I | 1. panjang (cerita, hikayat, dll): adapun perkataan Singapura berperang dgn Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya; 2. lama, panjang, tinggi (umur): ia masih menjadi mahasiswa walaupun umurnya sudah ~; 3. mendalam (pengetahuan, penerangan, dll), saksama, teliti: elok juga saya jelaskan perkara ini dgn ~ sedikit; 4. berpanjangan, tidak berhenti-henti, berterusan: mereka bergurau senda ~ hingga tengah malam; 5. panjang (keluhan): bapa mengeluh ~; 6. labuh (pakaian): dia memakai kain ~ sungguh; 7. lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dll): sekolah yg ~; 8. Kd lambat (gerakan) perjalanan dll: perempuan itu berjalan ~ sungguh; ~ akal panjang akal (cerdik); ~ fikiran cerdik; ~ usia panjang umur; selanjutnya 1. berikutannya, seterusnya: mereka memikirkan kemungkinan yg akan dihadapi hari esok dan hari ~; 2. selepas itu, sesudah itu: ~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji; berlanjut-lanjut tidak berhenti-henti, berpanjang-panjang, bersambung-sambung, terus-menerus: suara itu kemudiannya memanjang dan ~ dan makin melemah pula; berlanjutan berpanjangan, berterusan, berkekalan: peperangan itu ~ hingga berpuluh-puluh tahun lamanya; melanjut tidak putus-putus, tidak terhenti-henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih; melanjutkan 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun bersungguh-sungguh benar hendak ~ pelajarannya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung kesenian utk ~ perkenalan; terlanjut terlebih (ukuran, perbuatan, dll),terlanjur; lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan, dll), tambahan (pd sesuatu sebelumnya): sekolah menengah ~; kelanjutan ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak bertegur sapa selama dua hari; bagi membiakkan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia; perlanjutan perihal berterusan (berpanjangan); ~ jenis Id pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan); pelanjutan perihal atau perbuatan melanjutkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langsung | 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; berlangsung 1. berlaku (peperangan, keramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah bernikah); keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~ perjalanan peristiwa; melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (perjalanan dll), terus-menerus; melangsungkan 1. melakukan, mengerjakan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilaksanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; kelangsungan perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; perlangsungan perihal berlangsungnya sesuatu perkara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |