Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa; ~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ puan kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : nama sj palma yg buahnya berkulit tebal, bertempurung dan isinya dpt dibuat minyak; nyiur, Cocos nucifera. ~ bali (sawit) nama sj palma yg buahnya kecil-kecil dan isinya dpt dibuat minyak, Elaeis guineensis. ~ gading kelapa yg kulit buahnya dan pelepahnya berwarna kekuning-kuningan (pokoknya rendah saja). ~ kering isi kelapa yg telah dijemur sampai kering utk dibuat minyak. ~ parut isi kelapa yg sudah diparut atau dikukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelapa (kata nama)
Bersinonim dengan nyiur, kerambil, piasau, kelambir.,

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Kelapa muda tak berminyak.

Bermaksud :

Orang muda yang belum ada pengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kopyorJw; kelapa ~ kelapa dimakan bulan (isinya lunak), kelapa puan; es ~ minuman air batu kelapa puan.Kamus Dewan Edisi Keempat
puan III; kelapa ~ kelapa yg isinya lembut (lunak) sekali; ais ~ Id ais dengan kelapa puan; kuih ~ sj kuih.Kamus Dewan Edisi Keempat
loji II; kelapa ~; ®kelapa.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepiat Ihampas kelapa, kelapa parut yg telah diperah santannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
eksokarpa/éksokarpa/ ist lapisan kulit luar yg tipis pd kulit buah atau pd perikarpa spt pd kelapa, kelapa sawit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
eksokarp/éksokarp/ ist lapisan kulit luar yg tipis pd kulit buah atau pd perikarp spt pd kelapa, kelapa sawit dll.Kamus Pelajar
cambah1. tumbuhan yg baru keluar dr biji benih dsb; ~ kelapa tumbuh kelapa, tombong kelapa; 2. Kl, Tr tauge; bercambah 1. mula tumbuh (bkn biji benih dsb); 2. mempunyai cambah; 3. muncul, terbit, lahir: Minah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya; usianya yg mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan; 4. ada banyak, ada (terdapat) di merata­rata tempat: di surau dan madrasah yg ~ di tanah air kita ini; mencambahkan menjadikan bercambah: ~ biji benih; cambahan munculnya, terbitnya, lahirnya: dia tersenyum, diulit ~ bibit kelegaan di hatinya; percambahan perihal bercambah (biji be­nih): keinginan utk mencegah ~ senjata nuklear; pencambahan perbuatan mencambahkan; ®kecambah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cambah kelapatumbuh kelapa, tombong kelapa;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelapasj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa; ~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ puan kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda).Kamus Dewan Edisi Keempat
kelapa kopyorkelapa dimakan bulan (isinya lunak), kelapa puan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas