Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara me­masak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah; 4. golong­an atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan per­samaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. baha­gian, kategori, kumpulan (berdasarkan ting­katannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E; ~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg di­kenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah; berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; berkelas-kelas berasing-asing dlm kedu­dukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat­tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~; mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menen­tukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; pengelasan perihal atau perbuatan me­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bong VITr corot dlm kelas: dlm kelas ini dia mendapat nombor ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
taklimAr perihal mengajarkan agama Islam: aktiviti pengayaan ilmu ini boleh diadakan di dlm kelas, kelas khas atau semasa ~ selepas atau sebelum kelas amali solat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas menengahgolongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
borjuis1. orang drpd kelas pertengahan; 2. (mengikut teori Marxisme) orang yg tergolong dlm kelas pertengahan yg memiliki kebanyakan harta dlm sistem kapitalis; 3. orang yg perangai dan pandangannya dipengaruhi oleh nilai atau kepentingan golongan kelas pertengahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mutu I1 ukuran ketulenan atau kemurnian emas (1 mutu = 2.4 karat): emas sepuluh ~ emas murni. 2 taraf kepandaian, kecerdasan dll; kualiti atau nilai bagi sesuatu: Kelas-kelas tambahan telah diadakan utk meninggikan ~ pelajaran murid-murid itu. bermutu tinggi nilainya atau tinggi mutunya; bernilai tinggi: Lukisannya memang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelas sosialkelas (golongan) dlm masyarakat yg bertingkat-tingkat menurut taraf hidup, asal keturunan dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelas ekonomikelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelas pertengahankelas menengah;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas ekonomikelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas persediaankelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas