kelaziman | 1 sesuatu yg sudah lazim; kebiasan: Sudah menjadi ~ bagi mereka menyambut tahun baru dgn berpesta-pesta. 2 keadaan atau hal lazim: ~ bertutur dlm bahasa Melayu dpt meningkatkan pengetahuan dlm bahasa itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelaziman | sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi pihak mahkamah membenarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelaziman | 1. sesuatu yg sudah lazim; kebiasaan: Sudah menjadi ~ bagi mereka menyambut tahun baru dgn berpesta-pesta. 2. keadaan atau hal lazim: ~ bertutur dlm bahasa Melayu dpt meningkatkan pengetahuan dlm bahasa itu. | Kamus Pelajar |
rutin | 1. pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi kelaziman dan tidak berubah: ~ kerja mingguan yg perlu dibereskan; 2. sudah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa, lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas, membasuh, menggosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~; 3. (Komp) atur cara atau bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu fungsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelumrahan | kebiasaan, kelaziman: adalah menjadi ~ utk negara dr dunia kini mempunyai rancangan pembangunan masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keghaliban | kebiasaan, kelaziman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wiritan | bp amalan, kelaziman, kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wirit | ; wiritan bp amalan, kelaziman, kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membudaya | menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk kebudayaan: hukuman moral ini belum ~ di negara ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formaliti | tindakan (langkah dsb) yg perlu dipatuhi mengikut peraturan (kelaziman) yg telah ditetapkan: borang permohonan itu hendaklah diserahkan kpd majikan sbg suatu ~ bagi setiap pemohon pekerjaan baru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |