lembam I | 1. tidak ada kekuatan, kelesa, lemah; 2. lembap, tidak cergas, lemah (bkn kemampuan seseorang murid menerima pelajaran): guru-guru biasanya memberi perhatian yg lebih kpd murid-murid yg ~; kelembaman 1. Id tenaga yg mengakibatkan sesuatu benda terus diam atau terus bergerak (kecuali diubah oleh tenaga luar); 2. perihal lembam (lembap, tidak cergas, lemah), kelembapan, kelemahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelembaman | 1. Id tenaga yg mengakibatkan sesuatu benda terus diam atau terus bergerak (kecuali diubah oleh tenaga luar); 2. perihal lembam (lembap, tidak cergas, lemah), kelembapan, kelemahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelembapan | 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembap | 1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satunya budak yg ~ dlm pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian; melembap menjadi lembap (kulit dsb): peringkat penjagaan kulit, iaitu membersih, menyegar dan ~; melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg terlalu kering perlu dilembapkan terlebih dahulu; lembapan sesuatu (bahan dsb) yg lembap; kelembapan 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; pelembapan perihal (tindakan dsb) menjadikan lembap: pertama pembersihan, penyegaran dan ~ muka; pelembap (bahan dsb) yg melembapkan (kulit dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |