kelengangan | keadaan lengang; kesunyian; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelengangan | perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian: hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran mendesing memecahkan ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesunyian | 1 keadaan sunyi; kesepian; kelengangan. 2 berasa sunyi kerana tinggal seorang diri: Apabila ~, saya pergi menonton wayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sunyi | 1 keadaan sunyi; kesepian; kelengangan. | Kamus Pelajar |
kesunyian | 1 keadaan sunyi; kesepian; kelengangan. | Kamus Pelajar |
keheningan | 1 keadaan hening; kejernihan. 2 keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keheningan | 1. keadaan hening; kejernihan. 2. keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar |
mendesing | 1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: angin ~ di sela-sela daun kelapa; suara keridik dan belalang sahaja yg kedengaran mendesing memecah kelengangan itu; 2. ki = ~ telinga timbul rasa marah (sakit hati dsb apabila mendengar kata-kata yg mencabar, mencerca, dsb): ~ telinga si Kotot mendengar cabaran Tudin, lalu dicabutnya keris, dan terus meluru menerkam Tudin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdesing | , mendesing 1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: angin ~ di sela-sela daun kelapa; suara keridik dan belalang sahaja yg kedengaran mendesing memecah kelengangan itu; 2. ki = ~ telinga timbul rasa marah (sakit hati dsb apabila mendengar kata-kata yg mencabar, mencerca, dsb): ~ telinga si Kotot mendengar cabaran Tudin, lalu dicabutnya keris, dan terus meluru menerkam Tudin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengang | 1 tidak sibuk; sepi: Rumah itu ~ saja kerana penghuninya balik ke kampung. 2 sunyi atau sepi: Dia berasa ~ apabila anak-anaknya pergi ke sekolah. melengangkan menjadikan lengang; menyepikan: Perpindahan belia-belia ke bandar telah ~ kampung tsb. kelengangan keadaan lengang; kesunyian; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |