kelengkapan kerja(working equipment) | 1. Kelengkapan utama atau kelengkapan yang sedang digunakan dalam suasana yang mempunyai lebih daripada satu set kelengkapan yang sama sebagai penyokong atau pengganti apabila berlaku sesuatu kegagalan. 2. Kelengkapan yang berada dalam keadaan baik dan boleh bekerja. | Kamus Komputer |
kelengkapan sokongan(backup equipment) | Kelengkapan jauh atau setempat yang direka bentuk untuk membantu sistem atau mengambil alih pengendalian sistem apabila terjadi kegagalan utama pada kelengkapan utama. | Kamus Komputer |
kelengkapan | 1 keadaan atau hal lengkap. 2 sesuatu yg sudah dilengkapkan atau yg sudah disediakan (utk angkatan tentera dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelengkapan bermasak-masak | alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelengkapan kapal | sl angkatan laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelengkapan | 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelengkapan terminal data(data terminal equipment) | Peralatan digital yang berfungsi menukarkan maklumat daripada pengguna kepada isyarat data untuk penghantaran atau sebaliknya. | Kamus Komputer |
kelengkapan persisian(peripheral equipment) | Lihat persisian. | Kamus Komputer |
kelengkapan auksiliari(auxiliary equipment) | Perkakasan yang bukan di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama. | Kamus Komputer |
kelengkapan pensiferan(ciphering equipment) | Kelengkapan yang digunakan dalam kriptografi data untuk menukarkan data ke dalam bentuk kod sulit. | Kamus Komputer |