kelepasan | 1 keadaan lepas (bebas); kebebasan. 2 waktu rehat atau hari cuti: Hari Ahad ialah hari ~ am. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelepasan | 1. perihal lepas (bebas), kebebasan; 2. waktu rehat (sekolah dll), cuti, libur: kurang pukul satu loceng ~ dibunyikan; pd hari ~ begini, saya selalu pergi memancing; 3. kehilangan: anjing ~ daging; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cuti | 1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur; ~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, dll); ~ belajar cuti yg diberikan kpd seseorang pekerja utk melanjutkan pelajaran, sama ada dgn bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; ~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yg ditetapkan yg diberikan kpd seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak; ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja; ~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; ~ tanpa gaji cuti yg dibenarkan kpd seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji; ~ umum cuti am; bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; pecuti orang yg (sedang) bercuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cuti | 1 hari dibebaskan drpd bekerja; hari kelepasan: Hari Maulud ialah hari ~ bagi seluruh negara. 2 tempoh dibebaskan drpd bekerja (bersekolah dll): ~ Hari Raya; ~ Krismas. 3 kebenaran utk tidak hadir bertugas: Beliau telah memohon ~ selama sepuluh hari. 4 tempoh atau lamanya seseorang dibenarkan tidak hadir bertugas: Bagi tahun ini, ~nya tinggal tiga hari saja lagi. ~ am hari kelepasan umum bagi seluruh negara, spt Hari Raya Puasa, hari Krismas. ~ sakit (doktor) cuti kerana sakit (atas nasihat doktor). ~ tahunan cuti yg dibenarkan pd tiap-tiap tahun. bercuti tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. pecuti orang yg bercuti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cuti | 1. hari dibebaskan drpd bekerja; hari kelepasan: Hari Maulud ialah hari ~ bagi seluruh negara. 2. tempoh dibebaskan drpd bekerja (bersekolah dll): ~ Hari Raya; ~ Krismas. 3. kebenaran utk tidak hadir bertugas: Beliau telah memohon ~ selama sepuluh hari. 4. tempoh atau lamanya seseorang dibenarkan tidak hadir bertugas:Bagi tahun ini, ~nya tinggal tiga hari saja lagi. ~ am hari kelepasan umum bagi seluruh negara spt Hari Raya Puasa, hari Krismas dll. ~ doktor (sakit) cuti kerana sakit (atas nasihat doktor). ~ tahunan cuti yg dibenarkan pd tiap-tiap tahun. bercuti tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. | Kamus Pelajar |
hari kelepasan | = ~ libur hari cuti, hari rehat;~ libur hari cuti, hari rehat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cuti am | hari kelepasan umum bagi seluruh negara, spt Hari Raya Puasa, hari Krismas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cuti am | hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puru sembilik | penyakit buasir (kelepasan dubur). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembilik | ; puru ~ penyakit buasir (kelepasan dubur). | Kamus Dewan Edisi Keempat |