Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ha.tan] | کليهتن

Definisi : boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ha.tan] | کليهتن

Definisi : 1 dpt dipandang atau dilihat: Anak bulan belum ~, jadi besok belum lagi kita berpuasa. 2 nampaknya; lahirnya; rupanya: Dia ~ takut dan cemas. 3 ternyata; diketahui; ketahuan: Sekarang sudah ~ siapa yg bersalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang keduduk kayu hutan,
     Hijau biru kelihatan;
Mana duduk di pangku tuan,
     Lemah lesu rasa badan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Busuk,
     busuk embacang.

Bermaksud :

Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tidak tampaktidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul);Kamus Dewan Edisi Keempat
menyerlah1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan ber-cahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
serlah; menyerlah 1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan ber-cahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya; menyerlahkan 1. menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dsb): setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yg ~ cahaya dan kilauan dgn sepenuhnya; 2. mengemukakan (dgn nyatanya), menonjolkan: tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup utk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu; terserlah menyerlah; keterserlahan perihal (keadaan) terserlah; serlahan sesuatu yg menyerlah (terserlah); penyerlahan perihal (usaha, proses, dsb) menyerlahkan sesuatu, penonjolan: amanat yg mengarah kpd ~ permasalahan itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampak I1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayang­nya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupa­nya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan seben­tar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar ter­bayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian pe­rasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer.Kamus Dewan Edisi Keempat
lahir1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin; pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan; ~ mati (kanak­-kanak yg) mati ketika lahir; di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~ menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya; melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (per­kataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak); kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memung­kinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; pelahiran perihal atau perbuatan melahir­kan: ~ golongan-golongan tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
melebammenjadi atau kelihatan lebam: dagu yg kelihatan halus dan agak ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
animasi1 perbuatan atau proses menjadikan sesuatu kelihatan hidup. 2 seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup. ~ komputer ist proses menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup dgn memaparkan satu siri gambar secara pantas dgn bantuan komputer. menganimasikan menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup. penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terserlah1 kelihatan berseri (bkn kecantikan dll); kelihatan nyata bercahaya (bkn bulan dll): Kecantikannya ~ selepas disolek oleh mak andam. 2 kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn bakat dll): Kebolehannya ~ dlm persembahan yg menarik itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memancar1. keluar memancut dgn deras (bkn air dsb); 2. mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang: matahari belum kelihatan ~; sebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah;Kamus Dewan Edisi Keempat
animasi1. perbuatan (proses, hasil drpd) menjadikan sesuatu kelihatan hidup; 2. seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup; menganimasikan menjadikan sesuatu gam­bar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup: gambar kartun yg dianimasikan; penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas