berpilin-pilin | berkelok-kelok atau berpiuh-piuh (kayu, besi, dll): ~ bagai kelindan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belit | 1. lilit (lingkaran tali, ular, dll); 2. belok-belok, kelok-kelok (jalan, sungai, dll); putar ~ = pusing ~ = belat-~ bp berputar-putar (tidak jujur);berbelit berlilit: seekor ular ~ di dahan itu; berbelit-belit 1. berlilit-lilit: sulur-suluran ~ pd tiang pagar itu; 2. berkelok-kelok, berpusing-pusing: jalan ke pergunungan itu sangat ~; 3. berjalin-jalin, bersambung-sambung, bersangkut paut, kacau: fikiran yg timbul begitu kusut, yg datang berkacau-kacau, ~;membelit 1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan; membeliti melingkari, mengelilingi: sebuah jalan ~ kawasan itu;membelitkan melilitkan (sesuatu): anak gajah itu ~ belalainya pd ekor ibunya;terbelit 1. terlilit, terlingkar; 2. terbebat, terjebak, terlibat;belitan hasil drpd membelit (melilit), lilitan, lingkaran: membuka ~ tali pd tiang itu; pembelit 1. tali (kain dsb) yg digunakan utk membelit sesuatu; 2. ki penipu, pendusta: kau memang manusia kejam, tidak setia, penipu, dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpilin | 1. dipilin; 2. = berpilin-pilin berkelok-kelok atau berpiuh-piuh (kayu, besi, dll): ~ bagai kelindan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelok | /kélok/ 1 liku (pd jalan, sungai dll); selekoh. 2 garis yg melengkung dlm graf dll. berkelok 1 melengkung. 2 bertukar haluan; berbelok ke kanan atau ke kiri. berkelok-kelok 1 berliku-liku (bkn jalan dll); tidak lurus. 2 bertukar haluan (berkali-kali). mengelokkan 1 membuat supaya berkelok; melengkungkan; membengkokkan. 2 membelokkan sesuatu: ~ kereta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelok | /kélok/ 1. liku (pd jalan, sungai dll); selekoh. 2. garis yg melengkung dlm graf dll. berkelok 1. melengkung. 2. bertukar haluan; berbelok ke kanan atau ke kiri. berkelok-kelok 1. berliku-liku (bkn jalan dll); tidak lurus. 2. bertukar haluan (berkali-kali). mengelokkan 1. membuat supaya berkelok; melengkungkan; membengkokkan. 2. membelokkan sesuatu: ~ kereta. | Kamus Pelajar |
kelok | (kélok) liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai); berkelok = mengelok bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti oleh Encik Ramli; berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekohselekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam; mengelok berkelok; mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pilin | ; piuh ~-~ putar balik (percakapan), tipu helah; tangga ~ sj tangga yg berbelit-belit (berpusing-pusing), tangga sulur batang; ~ kacang hendak mengebat, ~ jering hendak berisi prb suatu pembicaraan atau perbuatan itu mempunyai maksud dan tujuannya; berpilin 1. dipilin; 2. = berpilin-pilin berkelok-kelok atau berpiuh-piuh (kayu, besi, dll): ~ bagai kelindan; memilin 1. memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan; 2. memulas (sakit perut); perut ~ perut memulas; 3. memintal atau memulas dgn jari: tangannya ~ misainya; ~ telinga memulas dan memutar telinga, memial; pilinan hasil memilin, yg dipilin; pemilinan perihal atau perbuatan memilin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelungan | 1 apa-apa yg berbentuk bulat kerana digulung (bkn rotan, kertas dsb); lingkar. 2 apa-apa yg melengkung bentuknya; kelok: ~ rambut kelok atau ikal rambut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelung | , = gelungan 1 apa-apa yg berbentuk bulat kerana digulung (bkn rotan, kertas dsb); lingkar. 2 apa-apa yg melengkung bentuknya; kelok: ~ rambut kelok atau ikal rambut. bergelung berlingkar bentuknya kerana digulung: Dia meluruskan dawai yg ~ itu dahulu sebelum menggunakannya. menggelung membuat atau membentuk gelung (drpd sesuatu); melingkar: ~ rotan. menggelungkan menjadikan sesuatu bergelung atau berlingkar; melingkarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belang | (bélang) belok, kelok;berbelang; ~-belok berkelok-kelok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |