Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lua.ngan] | کلواڠن

Definisi : kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
luang
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keluangankelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelapangan1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan;Kamus Dewan Edisi Keempat
luang I1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal.Kamus Dewan Edisi Keempat
lapang I1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dll): jangan bermain di sini, pergi ke tempat ~; 2. terluang (waktu dll), tidak sibuk, seng­gang: apabila ada masa ~, kita akan ber­bincang lagi; 3. kawasan (yg luas), tapak (tempat) mendirikan atau mengadakan sesuatu: tanah itu dicadangkan utk ~ sekolah; ~ dada = ~ hati a) berasa senang dan lega; b) sabar; ~ fikiran tidak diganggui, tenang; ~ kira-kira senang hati, lega; ~ pengetahuan luas pengetahuan; ~ perut selalu hendak makan; berlapang, berlapang-lapang tidak terhalang, bebas, leluasa: ~ hati sabar; duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang prb perundingan menghasilkan fikiran yg lebih bernas drpd fikiran kita seorang; melapangi 1. memberi tempat dll yg lapang, melonggari: penonton mesti ~ sedikit agar orang yg pengsan itu dapat bernafas; 2. ki memberi pertolongan (bantuan); melapangkan 1. menjadikan lapang, melebar­kan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyeng­gangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan; memperlapang menjadikan lebih lapang; lapangan 1. kawasan atau tempat yg luas, gelanggang, medan, padang; ~ bola padang tempat bermain bola; ~ terbang tempat kapal terbang turun naik; 2. bidang (pengetahuan, kegiatan, pekerjaan, dll), jurusan, lingkungan: mata pelajaran ini meliputi ~ kejuruteraan yg amat luas; kelapangan 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan; pelapang; ~ dada orang yg sabar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas