Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Peribahasa

Masuk meliang penjahit,
     keluar meliang tabuh.

Bermaksud :

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pintu1 lubang atau ruang tempat keluar masuk pd rumah dll. 2 papan dll penutup ruang tempat keluar masuk. 3 penjodoh bilangan utk rumah; buah: Enam ~ rumah kedai habis dimakan api. ~ air pengempang air yg dpt diturunkan dan dinaikkan. ~ angin lubang kecil tempat angin keluar masuk. ~ gerbang pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). ~ maling pintu kecil di sisi atau di belakang rumah. ~ mati pintu yg tertutup kemas-kemas dan tidak dpt dibuka-buka. ~ monyet pintu berdaun dua (satu di atas dan satu di bawah). ~ sorong pintu yg perlu disorong (ke kiri atau ke kanan) utk membuka atau utk menutupnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pintu1 lubang atau ruang tempat keluar masuk pd rumah dll. 2 papan dll penutup ruang pintu. 3 penjodoh bilangan utk rumah; buah: Enam ~ rumah kedai habis dimakan api. ~ air pengempang air yg dpt diturunkan dan dinaikkan. ~ angin lubang kecil tempat angin keluar masuk. ~ gerbang pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). ~ maling pintu kecil di sisi atau di belakang rumah. ~ mati pintu yg tertutup kemas-kemas dan tidak dpt dibuka-buka. ~ monyetpintu berdaun dua (satu di atas dan satu di bawah). ~ sorong pintu yg perlu disorong (ke kiri atau ke kanan) utk membuka atau utk menutupnya.Kamus Pelajar
celus-celaskeluar masuk, celum-celam;Kamus Dewan Edisi Keempat
celas-celuskeluar masuk (rumah dll), celam-­celum.Kamus Dewan Edisi Keempat
celas; ~-celus keluar masuk (rumah dll), celam-­celum.Kamus Dewan Edisi Keempat
celam-celumkeluar masuk (rumah dll), sebentar ke sana sebentar ke sini (bebas saja ke sana sini), celas-celus.Kamus Dewan Edisi Keempat
celam; ~-celum keluar masuk (rumah dll), sebentar ke sana sebentar ke sini (bebas saja ke sana sini), celas-celus.Kamus Dewan Edisi Keempat
julur-jalarId keluar masuk, pergi balikKamus Dewan Edisi Keempat
pintu gerbangpintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
lintas pintasselalu pergi datang (keluar masuk dll), lalu-lalang;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas