kelupas | ; mengelupas tanggal sedikit kulitnya (catnya dll) dgn sendirinya. mengelupaskan menyebabkan mengelupas; menjadikan tertanggal sedikit kulitnya. terkelupas tertanggal atau terkopek sedikit kulitnya (catnya dll). pengelupasan perihal, proses dsb mengelupas atau mengelupaskan: Bahan itu boleh menyebabkan ~ pd kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelupas akar | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kirai, seruci, Hiptage sericea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelupas II | ; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kirai, seruci, Hiptage sericea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelupas I | ; mengelupas = berkelupas, terkelupas terkupas atau tertanggal (kulit, cat, dll): beberapa minggu selepas bayi itu dilahirkan, kulitnya ~; mengelupaskan menyebabkan (menjadikan) terkelupas atau tertanggal (kulit, cat, dll); pengelupasan perihal (proses atau tindakan) mengelupas atau mengelupaskan: asid maleik menggalakkan ~ halus serta berkesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelupas | mengelupas tanggal sedikit kulitnya (catnya dll) dgn sendirinya. mengelupaskan menyebabkan mengelupas; menjadikan tertanggal sedikit kulitnya. terkelupas tertanggal atau terkopek sedikit kulitnya (catnya dll). | Kamus Pelajar |
serunci | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kelupas, akar kirai, dedalu bukit, pepina, Hiptage sericea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selungkap | tidak melekat lagi (kulit dll), ter-kelupas, tersungkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar kirai | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kelupas, dalu-dalu bukit, dedalu bukit, pepina, Hiptage sericea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar semulut | sj tumbuhan (pokok me-manjat), akar bunga butang, akar kelupas, akar terung-terung, akar ulan gajah, Lettsomia maingayi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semulut | ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), akar bunga butang, akar kelupas, akar terung-terung, akar ulan gajah, Lettsomia maingayi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |