Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.hi.ran] | کماهيرن

Definisi : kecekapan, kepandaian: ~ Fernando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.hi.ran] | کماهيرن

Definisi : kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Lancar kaji kerana diulang,
     pasar jalan kerana diturut.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kraf1. perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memer­lukan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan: projek ini diyakini akan memanfaatkan pencipta ~, peminat ~, pereka bentuk, penyelidik, penuntut, dan pelawat ~; 2. yg memerlukan (dihasilkan dgn) kemahir­an terutamanya kemahiran menggunakan tangan: barangan ~ tempatan; industri ~ Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemahirankecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemahirankecekapan, kepandaian: ~ Fernando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
seni kraf tanganseni kemahiran pekerjaan tangan (spt ukir-mengukir, mem-buat barang-barang dgn kemahiran tangan, dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
bidanorang (biasanya perempuan) yg mempunyai kemahiran utk membantu ibu sewaktu melahirkan anak; ~ kampung wanita di kampung yg mempunyai kemahiran utk menolong seseorang ibu melahirkan anak (sungguhpun tidak terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan); ~ kerajaan bidan yg berkhidmat dgn kerajaan (terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan); ~ tarik = ~ terjun a) bidan yg dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu); b) orang yg diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yg sepatutnya tidak ada atau tidak hadir); bebas ~ (balas, berlimau) kenduri selepas empat puluh hari bersalin; jikalau beranak ikut kata ~ prb jika kita berkehendak sesuatu drpd orang lain, hendaklah kita turut apa yg dikatakannya; berbidan memakai bidan, meminta perkhidmatan bidan sewaktu melahirkan anak; beranak tiada ~ prb mendapat susah kerana kebodohan sendiri; berbidankan menggunakan perkhidmatan seseorang sbg bidan: dia melahirkan anak sulungnya dgn ~ bidan kampung sahaja; membidani menolong orang bersalin: upah bidan utk ~ isterinya saja sudah sebanyak tiga puluh ringgit; kebidanan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi bidan, atau tugas dan tanggungjawab sbg bidan: ilmu ~; pakar ~; perbidanan 1. hal yg berkaitan dgn urusan berbidan: hal-hal ~ kampung ini lebih diketahui oleh orang-orang tua; 2. perihal bidan.Kamus Dewan Edisi Keempat
perantisorang yg bekerja dgn tujuan utk mem­peroleh pengetahuan dan kemahiran dlm se­suatu bidang: dia menjadi ~ di sebuah kedai dapur arang; perantisan; latihan ~ latihan sbg seorang perantis (utk memperoleh pengetahuan dan kemahiran); keperantisan latihan dan kerja sbg perantis: dia berjaya menamatkan ~ selama enam tahun.Kamus Dewan Edisi Keempat
kraf tangan1. perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan: tumpuan juga boleh dialih kpd bidang ~ yg sering menarik minat pelancong; 2. yg memerlukan (dihasilkan dgn dsb) kemahiran menggunakan tangan: barang-barang ~; perusahaan ~; seni ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
profesional(profésional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang­-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~; 2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksana­kannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pem­bayaran dilakukan sbg mata pencarian, men­dapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; 4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
aptitudkemahiran atau kebolehan semula jadi seseorang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepelautankemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas