Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.la.san] | کمالسن

Definisi : perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.la.san] | کمالسن

Definisi : sifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malas (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa,
Berantonim dengan sudi

Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemalasansifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemalasanperihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
malastidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yg ~ tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja: Mereka dilarang ~ di rumah. memalaskan menjadikan malas. kemalasan sifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya. pemalas orang yg malas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedikittidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar, dll), tidak seberapa: berilah kami ~ kuih itu; ~ pedas agak pedas; ~ hari lagi tidak lama lagi; ~ sebanyak lebih kurang; ~ hujan banyak yg basah prb kecelakaan yg kecil membawa akibat yg besar (pengetahuan sedikit tetapi bercakap besar); ~ kerja banyak berantun prb perihal kemalasan seseorang (orang yg tidak mahu berusaha membuat sesuatu);Kamus Dewan Edisi Keempat
dikit; sedikit tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar, dll), tidak seberapa: berilah kami ~ kuih itu; ~ pedas agak pedas; ~ hari lagi tidak lama lagi; ~ sebanyak lebih kurang; ~ hujan banyak yg basah prb kecelakaan yg kecil membawa akibat yg besar (pengetahuan sedikit tetapi bercakap besar); ~ kerja banyak berantun prb perihal kemalasan seseorang (orang yg tidak mahu berusaha membuat sesuatu); sedikitnya 1. = sedikit-dikitnya, sedikit-sedikitnya sekurang-kurangnya, yg paling kurang; 2. jumlahnya yg sedikit; banyak ~ banyaknya, jumlahnya (banyak atau sedikit); sedikit-sedikit 1. setiap kali sedikit; ~ lama-lama jadi bukit prb sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga; 2. walaupun sedikit; menyedikit berkurang (sedikit-sedikit); berdikit-dikit 1. sedikit demi sedikit: wang­nya telah dikumpulkan secara ~; 2. ber­­hemat, ber­hati-hati (bkn wang dll): mereka boleh hidup sederhana dgn ~; mendikit-dikitkan, menyedikitkan, me­ngecilkan (mengurangkan) belanja dll, men­jadikan sedikit: mereka hendak ~ belanja supaya dapat menyimpan wang; mempersedikit menjadikan lebih sedikit; tersedikit yg paling sedikit.Kamus Dewan Edisi Keempat
malas I1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas