kemangkatan | perihal mangkat: ~ baginda telah memeranjatkan seluruh rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemangkatan | bd perihal mangkat, kematian: anak raja itu pun diberitahu tentang ~ ayahandanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layuan | ki kemangkatan (raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelayuan | 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelayuan | 1 keadaan layu. 2 menjadi layu. 3 ki kemangkatan raja-raja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mangkat | bd meninggal (digunakan utk raja-raja), mati: maka marhum pun ~; kemangkatan bd perihal mangkat, kematian: anak raja itu pun diberitahu tentang ~ ayahandanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkabungan | kain putih yg dililitkan pd kepala tanda berdukacita (kerana kemangkatan raja dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabung I | kain putih yg dililitkan pd kepala tanda berdukacita (kerana kemangkatan raja dll); berkabung 1. memakai kabung (tanda berdukacita): setelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya; perkabungan 1. pakaian (kabung dll) yg dipakai semasa berkabung; 2. perihal, perbuatan atau keadaan berkabung: hari ini ialah hari ~ orang Melayu amnya kerana kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mangkat | bd meninggal dunia (digunakan utk raja-raja saja): Baginda telah ~ pagi semalam. kemangkatan perihal mangkat: ~ baginda telah memeranjatkan seluruh rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelayuan | 1. keadaan layu. 2. menjadi layu. 3. ki kemangkatan raja-raja. | Kamus Pelajar |